:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::GPS Session:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Assalamualaikum..
Adakah jalan yang aku pilih ini jalan yang betul..??
Bagaimana pula dengan diri anda..
Didalam kehidupan yang penuh kebebasan ini..kita sendiri berhak memilih jalan kehidupan yang mahu dan bakal kita tempuhi sepanjang perjalanan hidup ini..contoh jika kita seorang pelajar kita berhak memilih jurusan apa yang bakal kita ambil yg akan kita lakukan bila habis belajar nanti..
Begitu jugalah halnya dengan pasangan hidup kita..mungkin kita boleh memilih seorang pasangan lelaki mahupun wanita..yang baik..sopan yang akan mencorak perjalanan rumahtangga kita nanti..
Berbalik kepada persoalan..!!
hari ini majoriti daripada kita terutama remaja..sering memilih jalan kepada keseronokkan.. jalan kemewahan jalan keduniaan..kita kena ingat..apa yang kita lakukan atau langkah yang kita ambil hari ni..adalah permulaan kepada langkah kehidupan kita nanti..
Setiap perjalanan pasti ada penghujungnya..atau destinasi..persoalanya dimana destinasi kita sebenarnya hidup didunia ini.. duit yang banyak..pangkat yang tinggi..nama yang besar..adakah akan benar-benar membawa kita kepada jalan yang betul menuju destinasi yang betul...
Hari ini kita keluar bersama kawan-kawan..duduk direstoran sambil bercerita tentang hal masing-masing..ketawa terbahak-bahak..tidak kurang juga yang berdating bersama pasangan masing-masing hingga melakukan benda yang tidak senonoh..lepak dibandar-bandar..berkaroke dipusat hiburan..menipu ibupaba dan macam-macam lagi..adakah ini semua kelakuan atau jalan yang betul untuk kita..
Dalam kehidupan sehari kita..bermacam-macam perkara yang kita lalui ..salah atau benar hanya tuhan saja yang tahu..namun pernahkan kita terfikir bahawa apa yang kita lakukan ini betul atau baik untuk kehidupan kita yang akan datanng,,??
Kita manusia ini..mempunyai akal fikiran untuk membezakan sekaligus membawa diri mengenal dan menilai mana yang baik atau buruk untuk kehidupan kita..kerana hanya ada satu jalan, yang membawa kita kepada erti kebahagiaan hakiki..
Mulai saat ini..mari kita fikirkan dan tanya didalam diri...!! apakah jalan yang kita pilih sekarang dan hari ni..jalan yang betul atau sebaliknya..??
Sekiranya kita yakin, ini lah jalan terbaik untuk kita...dan apakah seterusnya yang perlu kita lakukan?Ramai hari ini, mungkin sering kali gagal. Tidak kiralah samada gagal di dalam pelajaran, pekerjaan, perniagaan atau hubungan dan...seringkali kita dengar ungkapan 'menyesal aku memilih jalan ni'...
Adakah jalan yang telah kita pilih menjadikan kita gagal? Menjadi persoalankah sekiranya jalan itu menjadi pilihan kita? Pernah atau tidak anda bertanya setelah anda gagal, adakah aku telah melakukan segalanya dengan sepenuh hati, semampu usaha yang ada dan sebaik mungkin? Inilah mentaliti yang aku rasa kita perlu ubah terlebih dahulu sebelum kita mula menyalahkan pilihan yang sememangnya kita sendiri telah tentukan.Sekian.
Senior Audiologist/Lecturer
Faculty of Allied Mental Health
University of Life
Kingdom of Allah s.w.t



