faisyacintaku2005

skyhacker's

My photo
A Simple Thought Can Lead To A Changes!

KetikA riNdukaN kaMu....

Ketika aku rindu,
Kupandang wajahmu dalam hp ku ,, kuperhatikan tiap sudut wajahmu ,, kulihat senyummu … humzz … ku!ngin kamu slalu beg!tu,,,

KEtika aku rindu,
Kubuka kembali memoryku ,, kukenang tiap kata yg pernah terucap ,, kuresapi dan hangat menyelimuti ,,,

Ketika aku rindu,
Kurangkai tiap rasa kutuangkan dalam langit yang benderang bertaburan bintang ,, kuutus sang ßayu menyampaikan padamu ,,,

Ketika aku rindu,
Tak ing!n jemari berhenti, berbicara tentang kemelut hati ,, dan ßerceritaku pada sang peri akan kisah kasih ini ,,,


Ketika aku rindu,
Ketika itu pula ada air mata dalam tiap zikirku ,, berharap rindu ini tetap dalam kesucian sesuci air mata yang menggenang dalam telaga ,,,


Ketika aku rindu,
kupandang langit luas ,, kurenungi setiap ciptaanNya ,, berharap rinduku ini tak melebihi rinduku kepada Sang Pencipta ,,,

Ketika aku rindu,
Tak henti kusebut namamu, namaku dalam tiap doa yg terlantun ,, berharap Sang Pencipta menyatukan kita dngan cinta, kasih dan rahmadNya...







sharqaru87,i love you

Erti Hidup Adalah Memberikan Hidup Sebuah Erti. Apakah Ertinya Aku Hidup?


Sering kali aku terdengar ungkapan sebegini "Erti Hidup". Apakah yang sebenarnya erti sebuah kehidupan kita? Bagi aku, erti hidup adalah memberikan kehidupan ini sebuah erti yang cukup lengkap, agar dapat kita pastikan apakah destinasi terakhir hidup kita. Mencari erti hidup, bermula sejak kita mula-mula menghirup nafas di atas muka bumi Allah s.w.t ini. Erti hidup?Apakah yang dicari selama mana kita hidup? Benarkan pencarian dalam kehidupan kita tidak pernah ada titik penghujungnya?Tergerak minda, kudratNya yang aku pinjam sementara waktu, dengan izinNya jua aku mahu kongsikan sedikit sebanyak tentang pencarian "erti sebuah kehidupan" dengan pembaca sekalian.


Sebagai makhluk terbaik yang diciptakan oleh Allah, manusia dikurniakan akal budi, boleh berfikir dan menentukan sesuatu yang terbaik. Kehidupan manusia merupakan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah Taala di muka bumi ini. 

Kita makhluk yang sempurna serta mampu menguruskan kehidupan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan. Namun masih ada yang lupa dan leka. Lantaran kita bergelar al-insan, maka Allah s.w.t berfirman  dalam surah ar-Ruum,


Maksudnya: Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya. ( surah Ar-Ruum – ayat 8 )


Ada antara kita yang mungkin tidak sedar bahawa kita tidak mempercayai apa itu hari akhirat dan pertemuan dengan Allah. Dalilnya, kita mengerjakan pekerjaan dunia tanpa memikirkan keuntungan akhirat. Yang sering difikirkan kita hanya apa yang kita bakal diperolehi di hadapan mata. Zahiriah


Sesuatu yang ghaib agak sukar untuk kita terima. Maka hidup dan pekerjaan yang dilakukan semuanya berdasarkan apa yang dikehendaki semasa hayat kita. Untuk memperolehi semua itu, manusia terpaksa sentiasa berlumba dalam kehidupan dengan orang lain yang menyebabkan kita kadang-kadang terpaksa mengetepikan soal halal haram, yang boleh dan tidak boleh. 


Perlu kita fikir dan ingat bahawa Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Setiap sesuatu itu ada gunanya. Sehinggakan batu dan kayu buruk pun ada gunanya. Dunia yang dihuni ini, dan setiap perkara yang diciptakan Allah di dunia ini adalah untuk melengkapkan kehidupan manusia dan ada kegunaannya, sama ada untuk dunia sendiri mahupun untuk di akhirat kelak.


Tujuan hidup manusia sebenarnya bergantung pada manusia itu sendiri, apakah yang diingininya dalam hidup ini, untuk apakah dia hidup di dunia ini. Kehidupan yang bagaimanakah yang dicari? Adakah kemewahan dan keseronokan. Bagi mendapat jawapan yang tepat dan benar marilah kita kembali kepada asal tujuan manusia ini diciptakan. Untuk apakah pencipta kita (Allah) menciptakan kita di atas muka bumi ini. 


Dalam surah az-Zariyat Allah berfirman, Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. (az zariyat – 56)


Namun apa yang kita perhatikan pada hari ini, kebanyakan individu itu akan menyusuri hidup mengikut arus yang sudah tersedia di hadapannya, tanpa memikirkan siapakah yang mencipta arus itu. Antara kita tidak tahu matlamat yang hendak dicapai. Kita bekerja seharian, bertungkus-lumus, keluar pada waktu pagi dan pulang pada sebelah petang. Untuk apa kita bekerja hingga sebegitu rupa. Sehinggakan ada kalanya kita bekerja seolah-olah tidak cukup siang, sehinggakan waktu rehat pada malamnya dikorbankan, semata-mata untuk bekerja.Sedangkan aturan dan panduan hidup yang telah digariskan oleh Allah tidak begitu. 


Allah jadikan siang untuk kita bekerja dan mencari keperluan hidup, dan dijadikan malam itu untuk beristirahat. Maka dengan istirahat pada malam hari itu menambahkan kekuatan bagi kita agar pada esoknya dapatlah diteruskan pekerjaan dan usaha mencari kehidupan, atau menambah bekalan untuk kehidupan kita yang seterusnya. Firman Allah dalam surah al-Furqan;Maksudnya ; Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.


Manusia digalakkan untuk mencari kehidupan di dunia, dan mencari rezeki. Seperti dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w, yang antara lainnya menyatakan manusia perlulah beramal untuk dunia seolah akan hidup selamanya dan beramal untuk mati seolah kita akan mati esok hari. Perlu diingat, dalam ajaran Islam turut ditekankan juga adalah setiap umatnya tidak boleh membiarkan keturunannya meminta-minta setelah dia meninggal dunia. 


Hal dijelaskan dalam satu hadis yang bermaksud, ``Daripada A’mir bin Saad, bapanya berkata; Rasulullah s.a.w telah menziarahiku ketika mana aku jatuh sakit teruk ketika haji wada’, aku berkata kepadanya ; aku telah jatuh sakit seperti mana engkau lihat sekarang, dan aku mempunyai harta yang banyak dan tiada pewarisku melainkan seorang anak, perlukah aku sedekahkan dua pertiga daripada hartaku itu?.Rasulullah menjawab “tidak”. Aku berkata ; separuh daripadanya?. Rasulullah menjawab “ tidak”. Aku berkata; satu pertiga daripadanya?. Rasulullah menjawab “ satu pertiga masih banyak, sesungguhnya engkau tinggalkan pewaris kamu ( anak / keluarga / isteri ) dalam keadaan kaya lebih baik dari engkau tinggalkan mereka dalam keadaan fakir meminta-minta kepada manusia. Dan apa yang kamu nafkahkan terhadap keluarga kamu mengharapkan reda Allah kamu akan diberi pahala, sehinggakan sesuap makanan yang kamu suapkan ke dalam mulut isteri kamu, akan diberi pahala oleh Allah”.


Islam tidak menyuruh umatnya hanya beribadat sahaja tanpa memikirkan soal keduniaan sehingga kemiskinan menyelubungi mereka. Cuba kita fikir kenapa Allah jadikan dunia ini untuk kita hidup? Dan, bagaimana untuk hidup di dunia ini dengan membuang segala yang terdapat di dalamnya.


Bagaimana mungkin kita boleh bergerak di lautan kalau tidak punyai bahtera, bagaimana kita mendapatkan keperluan kalau tidak punyai wang. Ini semua perlu dicari dan diusahakan bagi mencapai tahap kesempurnaan dalam kehidupan. Realitinya pada hari ini, kita bukan sahaja mengejar keduniaan seolah akan hidup selamanya sehingga terus meninggalkan akhirat. Setidak-tidaknya jadikan apa yang diusahakan dalam perkara keduniaan itu untuk mendapatkan akhirat. 


Namun kita terus lalai dibuai keenakan dunia dan lupa tuntutan akhirat. Kita terus berebut untuk memiliki rumah yang mewah, kereta mewah, perusahaan yang besar, pekerja yang ramai, dihormati manusia, disegani, dan disanjung. Tanpa mengira dari mana, bagaimana, dan apa cara sekalipun kita berebut demi untuk mencapai apa yang dihajati. Ada yang sanggup menggunakan wang yang bukan miliknya untuk memenuhi keinginan. Ada yang sanggup berebut kuasa, wang, dan sebagainya dari sahabat sendiri, sehinggakan kawan jadi lawan. Ada yang sanggup mengubah dasar supaya memihak kepadanya. Ada yang sanggup memujuk orang agar memihak kepadanya.


Ada yang sanggup “memijak” orang lain untuk naik ke puncak kejayaan demi memenuhi hasrat dan keinginan nafsu dunia. Untuk apakah semua ini. Untuk diri kita sendiri, untuk penuhi keinginan nafsu serakah kita yang membuak. Pada saat ini apa yang kita usahakan itu tidak dapat dilorongkan ke arah akhirat. Kita dituntut untuk mengejar keduniaan kerana satu keperluan hidup. Namun hidup di dunia hanyalah sementara, yang kekal di akhirat. 


Firman Allah taala dalam surah Al-Ana’am,Maksudnya : Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?


Oleh yang demikian, sewajarnya kita jadikanlah apa saja pekerjaan yang dilakukan, hasil kemewahan dan harta benda yang diperolehi itu sebagai bekalan untuk menuju ke akhirat.Mungkin ada yang berpendapat, bagaimana mungkin kita jadi segala amalan itu sebagai bekalan di akhirat, sedangkan bekalan akhirat itu solat, puasa, zakat, haji, dan amalan lain yang diperintahkan Allah. 


Jika begitu kefahaman kita, kita sudah salah faham terhadap agama. Cuba kita renungkan satu hadis Rasulullah s.a.w “ apabila mati anak adam terputuslah amalannya, kecuali tiga perkara, anak yang soleh yang mendoakannya, amalan yang soleh yang dikerjakannya, dan amal jariah yang dilakukannya semasa hidup”Daripada hadis ini dapat difahami bahawa, semua amalan di atas dunia ini tidak akan dapat dibawa sebagai bekal mahupun sebagai pelindung daripada seksaan kecuali tiga perkara tersebut. 


Jadi bagaimana kemewahan dan dan harta benda dunia boleh dijadikan bekalan akhirat? Dalam satu hadis yang lain, "tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat di hadapan Allah sehingga disoal tentang lima perkara; tentang umurnya, waktu mudanya,dan hartanya daripada mana ia dapat dan bagaimana membelanjakannya, dan apa yang dia amalkan daripada ilmunya"


Oleh yang demikian sekiranya apa yang diusahakan di dunia ini kita belanjakan dan kita gunakannya untuk tujuan kebaikan serta mendapat keredaan Allah, maka itulah jawabannya. Mungkin ada yang mempunyai rumah besar dan mewah yang digunakan untuk memberi perlindungan kepada anak-anak dan isteri. Di dalam rumah itu pula dipenuhi dengan amalan yang baik seperti membaca al-Quran dan bukannya kegiatan maksiat parti arak dan tari-menari. 


Jika kita mempunyai rumah yang banyak hasil titik peluh dari sumber yang halal, dan rumah itu disewakan, lalu hasilnya digunakan ke arah kebaikan ataupun kita waqafkan ke jalan Allah. Atau, jika kita mempunyai banyak kenderaan mewah dan digunakan untuk kebaikan seperti pergi ke masjid dan menuju ke tempat yang diredai Allah. 


Kesimpulannya, sekiranya kita tinggalkan harta kekayaan kepada anak-anak yang sudah diberi didikan yang sempurna mengenai ilmu dunia dan akhirat kemudiannya menjadi anak yang soleh, mereka akan membalasi usaha itu dengan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kita di akhirat. Begitu juga harta yang lain di dunia ini, sekiranya digunakan ke arah kebaikan dan menuntut keredaan Allah, maka harta itu akan amal soleh dan amal jariah. InsyaAllah, kita akan selamat di akhirat, dan perkara keduniaan yang kita miliki itu akan dapat membawa kita ke akhirat bersama dengan pahala sebagai gantinya.


Apakah masih belum kita temui pencarian kita di dunia ini? Dunia hanyalah tempat persinggahan untuk menambahkan bekalan bagi meneruskan perjalanan yang masih jauh iaitu ke akhirat. Sayugianya kita mencari bekalan yang memungkinkan kita sampai ke akhirat dengan baik dan dapat kita “membeli” keadaan yang baik, mewah dan sempurna di akhirat. 






Pedoman untuk diri sendiri. InsyaAllah. 




sharquLisya,2011.

Tahukah kamu sayang...


Ketika sinar rembulan sirna
sebuah rindu tanpa sayap
terbang ke langit malam...melintasi diri..

gelap mata...
gelap hati...
membuat ia lupa di mana tempat bersinggah
gelap malam menghapuskan arah dan tujuan...

sementara,
dingin sunyi menjadi saksi
jiwa-jiwa yang menggigil
terperosok jauh ke jurang malam...

dalam...
sedalam hatimu...

Derai ombak di pantai timur menghentam jiwaku
tapi masih tak mampu goyahkan sepi
sapaan angin mengajak kabut dingin
menyusuri naluri-naluri
menyengati tulang..
tapi tak mampu runtuhkan sunyi...

sepi tanpa keheningan
sunyi dalam kebisuan...

Di situ aku terdampar
sendiri menuruti rindu padamu...



Sharq,Sept 2011

Hanya Di Hatiku...



Andai malamku tanpa kamu di sisiku
Intanku pasti pudar seakan tak bernyawa..
Sepi yang menjadi selimutku
Yang menjerut tubuhku hingga
Akurlah jiwa-jiwa yang kaku

Zikirku memuja pemilik alam
Agar diberi aman dalam rahmatNya
Ku kuntumkan bunga doa-doaku
Indah ku talungkan bergema menyimbah cahaya
Agar dirimu tidak terasa gelora duga dilaluan langkah harimu.







Kata-kata Yang Baik Itu Juga Akhlaq


Tidak kira samaada wasilahnya lidah atau jari-jemari ia tetap diistilahkan sebagai berkata-kata. Kedua-duanya tetap bermula dari hati. Hati yang jernih, cenderung menuturkan kata-kata yang menyenangkan. Manakala hati yang dicemari simptom-simptom berunsur negatif, seringkali cenderung menuturkan bicara kesat dan menyesatkan.
Semoga kita dijauhkan daripada gejala-gejala tidak sihat itu.
Entah berapa juta kali sepanjang hidup kita jika dihitung secara kasar, kita terlibat dengan maksiat hati dan mulut ini. Baik kata-kata itu berupa kata nista, adu-domba, umpatan, kejian, makian, dusta dan sebagainya. Dan setiap kali dituturkan, ia laju bagai air deras dari hulu ke hilir. Tak tersekat lagi.
Empangan untuk menyekat aliran deras itu, tidak lain tidak bukan ialah AKHLAQ. Ilmu akhlaq ini bukan ilmu picisan yang boleh diperolehi di kaki lima jalan. Tidak. Bahkan ilmu (Juga digelar ilmu tasawuf) ini melibatkan pembentukan jiwa yang bening, perlakuan dan perbuatan mengikut acuan yang dipamerkan Baginda Rasulullah SAW. Akhlaq mulia ini punya arus elektrik yang mampu mengecas cahaya iman. Saling bergantungan dan memerlukan antara satu sama lain.
Hal ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh at-Tobarani:
Daripada Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Seorang hamba tidak sampai kepada hakikat iman sehingga ia dapat menyimpan lidahnya.” Maksudnya menahan lidah daripada percakapan yang tidak ada kebaikan.
BERBICARALAH YANG BAIK ATAU DIAM
Justeru, sebagai seorang yang berstatus muslim, alangkah baiknya jika tutur kata dan buah bicaranya berlapikkan akhlaq Islami. Tidak rugi sesen pun wang ringgit, malah pahala pula yang diperolehi. Jika tidak, maka disyorkan agar berdiam diri saja. Dibimbangi jika kata-kata terpalit unsur-unsur tidak sihat. Lantas menatijahkan berlaku perselisihan antara satu sama lain. Sudahlah beroleh dosa, bertambah pula musuh tak semena-mena.
Ingat, di sebelah kita telah siap siaga pencatit amal baik dan dosa sejak azali lagi!
“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazakannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Qaaf: 18)
Mahu melontar idea, dipersilakan – asalkan ia membawa manfaat kepada umum dan mampu menambah kredit kepada agama Islam khususnya, tidak ada siapapun melarang. Akan tetapi jangan ditinggalkan medium BERFIKIR. Berfikirlah beberapa saat sebelum berkata-kata, kerana terkadang idea yang mahu dikeluarkan sudah dikira bernas, cuma penyampaiannya agak menyimpang.
Bila keadaan itu berlaku, sudah tentu idea bernas itu sukar untuk disampaikan kepada audiens.
Daripada Abu Hurairah r.a, baginda Nabi SAW bersabda: “Seorang hamba berbicara dengan satu kalimah yang diredhai oleh Allah SWT dan dianggap remeh. Allah akan mengangkatnya dengan perkataan itu beberapa darjat. Dan seorang hamba berbicara dengan kalimah yang dianggap remeh yang dimurkai oleh Allah SWT, Allah SWT akan mencampakkan hamba ini ke neraka jahannam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari)
BERCAKAP BILA PERLU
Terkadang ada juga jenis manusia yang terlebih pendiam, yakni segan untuk berkata-kata hatta demi menegakkan sebuah kebenaran. Dan perilaku sebegini tidaklah dituntut oleh Islam, kerana Islam menyarankan umatnya agar tidak berdiam diri apabila terlihat kemungkaran di depan mata.
Sesungguhnya, wajib bagi muslim untuk menegur perbuatan mungkar agar kesinambungan slogan ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ senantiasa terlaksana. Barangsiapa yang berdiam diri, (Baca: Tidak berbuat apa-apa walaupun membencinya dengan hati) nescaya ia dianggap bersekongkol dengan maksiat dan beroleh dosa. Moga-moga sifat ‘Syaitan Bisu’ ini tidak ada walaupun sebesar zarah pada nubari kita. Nauzubillahhi minzalik.
Akhirnya, mari kita perhatikan perca mutiara hikmah Saidina Umar r.a. Katanya:
“Sesiapa yang banyak percakapannya, maka banyaklah salahnya, maka banyaklah dosanya dan orang yang banyak dosanya, maka neraka adalah lebih layak baginya.”
Astaghfirullahhal ‘Azim.


Dialog between Imam Abu Hanifa vs Atheist

The story below shows how weak an atheist feel’s after trying to battle Imam Abu Hanifa intellectually….
Imam Abu Hafina was asked by the khalifa to meet with them and an atheist so Imam Abu Hanifa could debate with him. They set a time for them to meet up. So the day and time came and left and they kept waiting for Imam Abu Hanifa until finally he came. Everyone questioned him about his being late and what happened. So he started explaining how there was river that he had to cross…. and he was waiting for a boat to come and bring him on the other side of the river.
While he was waiting, the branches and leaves of the tree fell and slowly formed themselves into a boat. And he jumped in that boat crossed the river.
Obviously ppl laughed at this story and the atheist asked him "Are you mad enough to believe that a boat was made all by itself?"
Imam Abu Hanifa replied "Who is more mad? the one who believed that a boat was created by itself, or you who believes that the entire world is created by itself?"

A conversation between a student and an Atheist Professor

An atheist professor of philosophy speaks to his class on the problem science has with God, The Almighty.  He asks one of his new students to stand and.....
Prof: So you believe in God?
Student: Absolutely, sir.
Prof : Is God good?
Student: Sure.
Prof: Is God all-powerful?
Student : Yes.
Prof: My brother died of cancer even though he prayed to God to heal him.  Most of us would attempt to help others who are ill. But God didn't. How is this God good then? Hmm?
(Student is silent.)
Prof: You can't answer, can you? Let's start again, young fella. Is God good?
Student: Yes.
Prof: Is Satan good?
Student : No.
Prof: Where does Satan come from?
Student: From...God...
Prof: That's right. Tell me son, is there evil in this world?
Student: Yes.
Prof: Evil is everywhere, isn't it? And God did make everything. Correct?
Student: Yes.
Prof: So who created evil?
(Student does not answer.)
Prof: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don't they?
Student: Yes, sir.
Prof: So, who created them?
(Student has no answer.)
Prof: Science says you have 5 senses you use to identify and observe the world around you. Tell me, son...Have you ever seen God?
Student: No, sir.
Prof: Tell us if you have ever heard your God?
Student: No, sir.
Prof: Have you ever felt your God, tasted your God, smelt your God? Have you ever had any sensory perception of God for that matter?
Student: No, sir. I'm afraid I haven't.
Prof: Yet you still believe in Him?
Student: Yes.
Prof: According to empirical, testable, demonstrable protocol, science says your GOD doesn't exist. What do you say to that, son?
Student: Nothing. I only have my faith.
Prof: Yes. Faith. And that is the problem science has.
Student: Professor, is there such a thing as heat?
Prof: Yes.
Student: And is there such a thing as cold?
Prof: Yes.
Student: No sir. There isn't. (The lecture theatre becomes very quiet with this turn of events.)
Student : Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat. But we don't have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can't go any further after that. There is no such thing as cold. Cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it . 
(There is pin-drop silence in the lecture theatre.)
Student: What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?
Prof: Yes. What is night if there isn't darkness?
Student : You're wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light.... But if you have no light constantly, you have nothing and it's called darkness, isn't it? In reality, darkness isn't. If it were you would be able to make darkness darker, wouldn't you?
Prof: So what is the point you are making, young man?
Student: Sir, my point is your philosophical premise is flawed.
Prof: Flawed? Can you explain how?
Student: Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite, something we can measure. Sir, science can't even explain a thought. It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one.To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing. Death is not the opposite of life: just the absence of it. Now tell me, Professor.Do you teach your students that they evolved from a monkey?
Prof: If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.
Student: Have you ever observed evolution with your own eyes, sir? 
(The Professor shakes his head with a smile, beginning to realize where the argument is going.)
Student: Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavor, are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher? (The class is in uproar.)
Student: Is there anyone in the class who has ever seen the Professor's brain? 
(The class breaks out into laughter.)
Student : Is there anyone here who has ever heard the Professor's brain, felt it, touched or smelt it? No one appears to have done so. So, according to the established rules of empirical, stable, demonstrable protocol, science says that you have no brain,sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir? 
(The room is silent. The professor stares at the student, his face unfathomable.)
Prof: I guess you'll have to take them on faith, son.
Student: That is it sir... The link between man & god is FAITH . That is all that keeps things moving & alive



Atas Nama Cinta...



Berdasarkan hadith begitu banyak peluang yang Allah s.w.t berikan dan yang telah Rasulullah s.a.w tunjukan untuk menjadi mulia dengan cinta. Bukan menjadi terhina dan terpuruk kerananya. Semoga hadits-hadits cinta ini bisa menjadikan kita untuk sedikit sebanyak memahami cinta yang menyelamatkan. Cinta yang menerbangkan kita ke syurgaNya,Insya Allah.

Cinta yang memberikan cahaya
“Sesungguhnya diantara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan nabi dan syuhada menginginkan keadaan seperti mereka, kerana kedudukannya disisi Allah. Sahabat bertanya :

“Ya Rasulullah, tolong kami beritahu siapa mereka ? Rasulullah SAW. Menjawab : Mereka adalah satu kaum yang cinta mencintai dengan roh Allah tanpa ada hubungan sanak saudara, kerabat diantara mereka serta tidak ada hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah wajah-wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa dikala orang lain takut, dan mereka tidak berduka cita dikala orang lain berduka cita” (H.R. Abu Daud)

Cinta yang menggugurkan dosa

“Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya yang muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa keduanya sebagaimana gugurnya daun dan pohon kering jika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa mereka berdua, meski sebanyak buih dilaut” (H.R. Tabrani)

Cinta yang memberikan keteduhan
“Sesungguhnya Allah SWT pada hari kiamat berfirman : “Dimanakah orang yang cinta mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan menaungi dengan menungguKu dihari yang tiada naungan melainkan naunganKu” (H.R. Muslim)

Cinta yang berbalas cinta
Allah swt berfirman “pasti akan mendapat cintaKu orang-orang yang cinta mencintai kerana Aku, saling kunjung mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku” (Hadits Qudsi)

Kerana cinta dicintaiNya
“Bahawa seseorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu Allah mengutuskan malaikat untuk membuntutinya. Tatkala malaikat menemaninya malaikat berkata,

“Kau mahu ke mana ?”

Ia menjawab, “Aku ingin mengujungi saudaraku di desa ini”
Malaikat terus bertanya “Apakah kamu akan memberikan sesuatu pada saudaramu ?”
Ia menjawab “Tidak ada melainkan hanya aku mencintainya karena Allah SWT”
Malaikat berkata “Sesungguhnya aku diutus Allah kepadamu, bahawa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai orang tersebut keranaNya” (H.R. Muslim)

Tiga cinta yang manis
Tiga perkara yang barang siapa memilikinya ia dapat merasakan manisnya iman, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta kepada seseorang kerana Allah dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mau dicampakan ke dalam api neraka” (H.R. Bukhari-Muslim)





Sayang...



Sayang…..
Ketika seseorang, suami atau isteri, mengatakan aku mencintaimu. Ada beberapa hal yang sebenarnya harus difahami oleh seseorang yang bercinta, jika tidak maka cinta yang timbul bukannya cinta suci, tetapi cinta yang ternoda oleh buruknya nafsu, dikotori oleh hinanya syahwat dan teracuni oleh kepentingan-kepentingan syaitan,,na`adzubillah..
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat, Cinta juga dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta menjadikan seorang budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Sayang…
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnya yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah menyimpang dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.
Kata-kata cinta yang lahir hanya dari bibir dan bukannya dari hati terkadang mampu melumatkan seluruh jiwa raga, tetapi manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Banyak orang yang kecewa saat bercinta, sebenarnya hal tersebut cukup aneh, bahkan sangat membingungkan, bukankah cinta itu sebenarnya adalah kekuatan untuk memberi bukannya untuk menerima, seseorang yang bercinta bererti dia sudah memberi sesuatu kepada orang yang dia cintai, lantas kenapa harus kecewa, padahal Allah s.w.t akan membalas setiap sesuatu yang telah diberikan makhluknya. Ada pepatah mengatakan "Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta itu pernah tumbuh di hatimu."
Sayang….
Dulu saat  pertama aku melihat kamu, aku tertarik kerana kecantikanmu, setelah menghampirimu semakin jelaslah kecantikanmu ….& … Setelah sekian lama semakin  jelas  nampak pula kecantikan batin yang engkau miliki, membuat aku semakin yakin, dirimulah bidadari yang Allah turunkan dari syurga, untuk menemani tugas dakwah ini di muka bumi ini.
Sayangku..
Tersenyumlah.. ..hiasilah kehidupan ini dengan senyuman kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni…mulai hari ini dengan tersenyum sayang..jika kita mulakan dengan senyum maka yang lain pun pasti akan tersenyum kerana dunia ibarat cermin yg akan mantulkan bayangan kita…
Biasanya orang akan sukar tersenyum jika ada dengki dihatinya, iri terhadap orang lain atau bahkan benci dengan keberhasilan yang dicapai oleh saudaranya, padahal iri, dengki dan benci yang ia lakukan tidak akan merubah pemberian Alloh kepada orang tersebut, yang ada justru pendengkilah yang semakin tersiksa oleh perasaannya. Bahkan yang paling menyakitkan bagi pendengki adalah amal kebaikannya akan hilang terbakar oleh sifat dengki tersebut, bukankan Rasulullah s.a.w pernah bersabda "Jauhilah dengki, kerana dengki memakan amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu api"
Sayangku…
Setiap orang yang hidup di dunia ini adalah sebagai seorang tamu, dan wangnya adalah pinjaman, hartanya adalah titipan. Setiap tamu itu pastilah akan pergi, cepat atau lambat dan pinjaman atau titipan itu haruslah dikembalikan atau akan diambil oleh yang menitipkannya, malang sekali bagi mereka yng mencintai wang dan harta, kerana sebenarnya mencintai sesuatu yang mustahil akan selalu bersamanya, bukankah Allah yang akan selalu bersama kita….kalau begitu, cintailah Allah dengan segenap cinta yang ada..InsyaAllah, Allah tidak akan meninggalkan kita…
Sayang…
Dalam hidup ini, kita juga harus pandai menelaah setiap masalah dan kejadian. Kerana hal itulah yang akan membuat hidup itu menjadi menyenangkan, ibarat berada ditaman bunga, ke kiri mawar, ke kanan melati, didepan anggrek, begitu indah dan semerbak mewangi, menambah segarnya kehidupan. Kita tidak akan sanggup memikirkan hidup dengan baik jika kearifan dalam diri ini tidak ada. Maka marilah kita melihat dunia ini dengan kaca-mata kearifan..sebagai contoh adalah perkataan Umar bin khotob : “Ketika kita mengamati semua sahabat, ternyata tidak ada sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saat memikirkan pakaian misalnya, ternyata tidak ada pakaian yang lebih baik daripada pakaian takwa. Atau ketika merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Dan pada saat mencari segala bentuk rezeki, sebenanya tidak ada rezeki yang lebih baik daripada sabar yang Allah anugerahkan kepada kita”.
Sayang…..
Semakin panjang waktu berlalu hati ini semakin tidak keruan, rasanya waktu itu begitu lambat sekali, aku hampir-hampir tidak sabar, ingin segera menumpahkan rasa rindu yang sudah sangat sarat dalam dada, rasa cinta yang terpendam hampir bertahun lamanya, ingin segera memeluk belahan jiwa, buah hati, qurrotaa`yuni, isteriku.  Sayang tahu kenapa aku begitu setia kepadamu?kerana dirimulah orang yang memberi memberi segalanya yang aku rasakan cukup untuk melengkapkan sebuah kehidupan di dunia ini untuk aku berjalan menempuh mencari akhirat, aku akan malu jika aku harus menghianati orang yang mencintai aku kerana Allah.
Sayang...
Tentang cinta dan kasihku kepadamu, walaupun aku menulisnya dengan seribu kata, sebenarnya tidak mewakili hatiku yang sesungguhnya, cinta memang tidak bisa dilukiskan dengan kata, tetapi walau pun diam seribu bahasa, tetap getarannya akan terasa, mudah-mudahan sayang sentiasa merasakan getaran cinta aku ini. Pepatah mengatakan "kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan." tetapi kerana kita seorang yang beriman maka seharusnyalah kita  menerapkan prinsip bahawa cinta terbesar dan cinta hakiki bagi orang yang beriman ialah cinta kepada Allah. Sehingga cinta kepada Allah lah yang seharusnya menjadi motivasi terbesar dan tidak melebihi untuk mencintai isteri/suami/sesama orang beriman.

Sayang.. .
Jangan sampai kita terlena untuk memenuhi kekayaan duniawi yang sifatnya hanya sementara saja, hingga kita lupa akan tugas kita yang sesungguhnya di dunia ini iaitu mengumpulkan bekalan untuk menuju kampung akhirat yang kekal. Jadi perkayalah dirimu baik dengan material mahupun dengan ruhani, dan berikan kekayaan tersebut kepada orang-orang yang ada disekitar kita, terutama yang lebih memerlukan. Itulah harta kita untuk akhirat.
Sayangku...
Jika ketidakselesaan atau kegagalan harus menghampiri kita bukan bererti kita harus menyerah, tetapi kita harus mencari jalan lain, kemudian kerjakan lagi, dan kerjakan lagi sampai akhirnya Allah mengganti dengan keberhasilan. Dan jangan lupa dalam kegagalan itu , pasti ada hikmah yang bisa diambil dan kita harus yakin bahwa kita telah mendapatkan sesuatu yang berharga pada kegagalan sebelumnya, sehingga sekarang kita akan lebih bijaksana, lebih berpengalaman, dan lebih unggul dalam peribadi.
Memang  diiantara ribuan peluang dan kesempatan, di sana ada kejayaan, namun dikelilingi dengan kegagalan. Ambil kesempatan dan peluang tersebut, biarkan anda gagal dalam proses menemukan kejayaan tersebut.
Setiap kegagalan yang dibuat adalah anak tangga menuju puncak, iaitu kejayaan. Setiap kegagalan yang ditemui, sebenarnya memberikan arah yang jelas menuju bahagia. Jangan pernah takut untuk merasai kegagalan atau kehilangan.
Sayang….
Tidak ada harga atas waktu, tapi waktu sangat berharga. Memiliki waktu tidak menjadikan kita kaya, tetapi menggunakannya dengan baik adalah sumber dari semua kekayaan dan kejayaan. Dan waktulah yang bakal mengubah semua hal, kecuali kita. Kita mungkin semakin tua dengan berjalanannya waktu, tetapi belum tentu memperoleh keuntungan. Kitalah yang harus mengubah diri kita sendiri untuk lebih baik dan bijak
Sayang, …
Saat kita ingin mencapai cita-cita atau bahkan sesuatu yang menurut akal tidak mungkin, sebenarnya kuncinya adalah kita jangan menghindari yang tidak mungkin kita kerjakan. Dengan mencuba sesuatu yang tidak mungkin,kita akan bisa mencapai yang terbaik dari yang mungkin kita capai atau kita cita-citakan. Dan salah satu penghinaan terkejam dalam hidup adalah membiarkan fikiran yang cemerlang menjadi sia-sia dalam tubuh yang malas, yang mendahulukan istirahat sebelum lelah. Jika kita hanya mengerjakan yang sudah kita ketahui, sampai bilakah kita akan mendapat pengetahuan yang baru ? Melakukan yang belum kita ketahui adalah pintu menuju pengetahuan.
Sayang,..
Behati-hatilah dengan kesenangan, bijaksana mengatakan “Tinggalkanlah kesenangan yang menghalangi pencapaian kecemerlangan hidup yang diidamkan. Dan berhati-hatilah, kerana beberapa kesenangan adalah cara gembira menuju kegagalan”
Tugas kita bukanlah untuk mendapatkan hasil. Tugas kita adalah untuk mencuba, kerana didalam mencuba itulah kita menemukan dan belajar membangunkan kesempatan untuk mendapat hasil. Dan jangan sampai berhenti belajar, kerana orang-orang yang berhenti belajar akan menjadi pemilik masa lalu. Orang-orang yang masih terus belajar, akan menjadi pemilik masa depan
Sayang…
Sediakanlah sedikit waktu tertawa kerana tertawa itu muzik jiwa. Sediakanlah juga waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, sediakanlah waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kebaikan, sediakanlah waktu untuk bergembira kerana bergembira itu akan membuat awet muda dan sediakanlah waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
Sayang...
Kekecewaan mengajarkan kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup sehingga menjadi orang yang bijak. Tanda orang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci, lidahnya selalu basah dengan Zikrullah, matanya menangis kerana penyesalan terhadap dosa-dosa lalu, sabar terhadap perkara yang dihadapi dan
mengutamakan akhirat berbanding dunia.

Sayangku...
WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARI TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARI RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAGIAN DADA DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG. 

Itulah tugas aku untuk menyayangimu kerana Allah swt. Dan maafkan aku jika sampai saat ini aku belum mampu menyayangimu sesempurna yang engkau harapkan.Aku menyayangimu kerana Allah s.w.t. 
Khoirukum khoirukum li ahli

Inilah janjiku untuk mu.