faisyacintaku2005

skyhacker's

My photo
A Simple Thought Can Lead To A Changes!

ini jalan kehidupan..


sayangku..
Kehidupan adalah jalan panjang tak bertepi, selama masih ada nafas yang masih tersisa, selama masih ada asa dalam jiwa, semangat untuk selalu berusaha. Itulah sebuah cermin kehidupan yang akan selalu menampakkan wajah kita dan memantulkannya ke dalam diri.

Kehidupan berasal dari sesuatu yang hidup, tidak hanya raga tapi juga jiwa. Kehampaan dan kekosongan dalam menjalani kehidupan seolah mayat yang berjalan tanpa nyawa. Kadang tanpa sadar kita pernah mengalaminya dan putus asa hanya kerana citacita atau impian atau hajat yang tak tercapai.

sayangku...
Dalam kehidupan ini tidak selalu manis perjalanan yang akan kita tempuh dan menjadi kenangan terindah dalam hidup kita. Namun  ada duri – duri kecil yang menerjah, bahkan jalan menanjak dan berliku, tapi juga ada jalan menurun namun curam dengan jurang di kiri dan kanan yang siap melumat hidup kita yang tinggal bagaimana kita, menjadi nahkoda dalam bahtera hidup ini. Seperti orang selalu berkata “ senjata tidaklah berbahaya, namun orang yang memegang senjata yang menjadikannya berbahaya”. Kitalah yang jadi penentu dalam proses menjalani kehidupan.

Sayangku,……
Hidup tidak hanya mencari rezeki, tapi lebih dari itu ada ilmu, kasih sayang dan lain sebagainya. Rugilah kita kalau kiranya tak pernah menikmati hidup ini dengan sisa umur waktu yang masih ada. Jadikanlah diri ini bermanfaat untuk orang lain dan diri sendiri, berguna untuk semua. Tidak ada yang kita lakukan sia – sia, kalau yang kita lakukan adalah mengharap redha Allah semata. Walau kita selalu merasa diri kita lemah atau jahat sekalipun kerana telah mengecewakan orang lain. Hanya kerana redha yang kita cari, pasti Allah akan bersama kita dan menybelahi kita. Yakinlah pada redha yang telah kita panjatkan ke hadratNya.

Sayangku...
Janganlah pernah patah semangat dalam menjalani kehidupan. Bumi masih berputar, dan jasad  masih menyatu dengan jiwa. Ingatlah bahwa roda selalu berputar, tidak selamanya dia akan selalu berada di atas dan tidak selamanya pula dia selalu berada di bawah. Teruslah berjuang, berperang dalam kehidupan dan  roda zaman. Tak ada kata henti hingga raga meregang dari jiwa. Jika kita sama, mereka juga sama. Yakinlah, setiap kekecewaan yang telah dilalui pasti akan berganti dengan sebuah kebahagiaan yang Allah telah janjikan untuk mereka.

Optimislah, rangkai dan renda hidup kita dengan semangat bergelora, bahwa hari ini harus lebih baik dari hari kemarin. Jadikan momentum hari ini awal perjalanan menuju kemilau cahaya keemasan dalam rangkaian catatan sejarah kehidupan kita. Torehkan tinta emas sehingga menjadi warna tersendiri kebanggaan kita di hadapan Allah SWT. Janganlah ragu, kerana sesungguhnya Allah  bersama kita, para malaikat memohon ampunan untuk kita dan syurga pun telah menunggu untuk kita. 

Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. (QS. 9 : 105 ) .

Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, bersama air mata ada senyuman, bersama kegelisahan ada ketenangan dan bersama rasa takut ada rasa aman. Bersyukurlah jika itu kesenangan dan bersabarlah jika itu kesedihan, kerana semua itu adalah ujian.

Ujian bukan sahaja untuk diri kita, bahkan diri kita juga merupakan satu ujian untuk orang lain. 

Sayangku...
Senyumlah pada keindahan redha yang dicari, pasti Allah permudahkan segalanya untuk kita meniti hari-hari yang bakal mendatang.Insyaallah.

Tintaku, kasih sayangku, rinduku, cintaku hanya untuk kamu.




INDAHNYA SOLAT BERJEMAAH



KELEBIHAN SOLAT BERJAMAAH
Pertama: Kelebihan solat berjemaah berbanding solat berseorangan.
Imam Bukhari telah meriwayatkan didalam hadith yang shahih.
عن أبى سعيد الخدري رضى الله عنه, أنه سمع النبى صلعم يقول :صلاة الجماعة تفضل صلاة الفذ بخمس وعشرين درجةMaksudnya: Daripada Abi Said Al-khudriyy R.anhu, sesungguhnya Nabi SAW bersabda “Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat bersendirian sebanyak 25 kali ganda.
Terdapat hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar tentang solat berjemaah mendapat 27 kali ganda.walau bagaimanapun ulama’-ulama’ telah memberikan alasan mereka yang tersendiri. Iaitu ianya bergantung kepada jenis solat,khusuk, penyempurnaan bacaan. Ahli jamaah yang ramai, tempat yang mulia seperti masjidil haram dan imam yang alim sudah pasti lebih banyak fadhilatnya.
Kedua: Berada di bawah bayangan arasy Allah dihari kiamat kelak.
Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim :
عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلعم قال: سبعة يظلهم الله فى ظله يوم لا ظل إلا ظله: الإمام العادل وشاب نشأ فى عبادة ربه, ورجل قلبه معلق بالمساجدMaksudnya: Daripada Abi Hurairah R.anhu, daripada Nabi SAW bersabda “Ada tujuh golongan manusia yang akan ditempatkan oleh Allah dibawah bayangannya pada hari yang tidak ada bayangan melainkan bayangan Allah SWT.Iaitu pemerintah yang adil, pemuda (yang terdidik dengan agama) beribadah kepada Allah SWT,lelaki yang hatinya bergantung kepada masjid…..
Ketika mengulas hadith ini” ورجل قلبه معلق بالمساجد” Imam An-Nawawi menyatakan: “Bersangatan mengingati masjid dan sentiasa beristiqamah pergi ke masjid kerana untuk solat berjemaah bukan bermaksud berterusan tinggal didalam masjid.(Syarah An-Nawawi, jilid7/121.
Ketiga: Allah SWT merasa hairan dengan solat berjemaah.
Sabda Nabi SAW:
عن عبد الله بن عمر رضى الله عنهما قال: سمعت رسول الله صلعم يقول: إن الله ليعجب من الصلاة فى الجميعMaksudnya: Sesungguhnya Allah sangat hairan dan takjub dengan solat yang didirikan secara berjemaah.(H.R Imam Ahmad)
Keempat: Keampunan bagi orang yang solat berjemaah selepas menyempurnakan wudhuk.
عن عثمان بن عفان رضى الله عنه قال: سمعت رسول الله صلعم يقول: من توضأ للصلاة فأسبغ الوضؤ, ثم مشى إلى الصلاة المكتوبة فصلاها مع الناس أو مع الجماعة أو فى المسجد غفر الله له ذنوبهMaksudnya: Daripada Uthman bin Affan R.anhu berkata, Aku pernah mendengar RasuluLlah SAW bersabda “Sesiapa yang berwudhuk untuk solat, lalu dia menyempurnakan wudhuknya, kemudian dia terus berjalan untuk mendirikan solat fardhu, lalu dia menunaikan solat fardhu bersama orang lain atau secara berjemaah atau di masjid nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya. (Shahih Muslim. Hadith no232. Jld 1/208)
Kelima: Bertambah kelebihan solat berjemaah dengan bertambahnya bilangan ahli jamaah.
Sabda Nabi SAW:
عن أبى بن كعب رضى الله عنه قال رسول الله صلعم ” إن صلاة مع الرجل مع الرجل أزكى من صلاته وحده وصلاته مع الرجلاين أزكى من صلاته مع الرجل. وما كثر فهو أحب إلى الله عزوجل.Maksudnya: Dari Ubay bin Ka’ab R.anhu, daripada RasuluLlah SAW,sabdanya “Sesungguhnya solat jemaah yang dilakukan oleh dua orang lelaki lebih afdhal disisi Allah berbanding kedua-duanya melakukan (solat) secara bersebdirian. Begitu juga solat berjemaah tiga orang lelaki lebih afdhal disisi Allah berbanding solat berjemaah yang dilakukan oleh dua orang lelaki sahaja. Semakin ramai bilangan jemaah, maka ianyasemakin disukai disisi Allah SWT.
Keenam: Kelebihan solat isyak, subuh dan asar berjemaah.
Sabda Nabi SAW:
عن أبى هريرة رضى الله عنه قال: قال النبى صلى الله عليه وسلم ولو يعلمون ما فى العتمة والصبح لأتوهما ولو حبوا.
Maksudnya: Daripada Abi Hurairah R.anhu berkata, Nabi SAW bersabda “Jika manusia mengetahui kelebihan yang tersirat disebalik solat isyak dan subuh yang didirikan secara berjemaah nescaya mereka akan (bertungkus lumus) mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.
Sabda Nabi SAW:
يتعاقبون فيكم ملائكة بالليل ، و ملائكة بالنهار ، و يجتمعون في صلاة الفجر ، و صلاة العصر ،ثم يعرج الذين باتوا فيكم ، فيسألهم ربهم و هو أعلم بهم كيف تركتم عبادي ؟فيقولون تركناهم و هم يصلون ، و أتيناهم و هم يصلونMaksudnya: Bersilih ganti malaikat malam dan malaikat siang datang kepada kamu, lalu mereka bertemu ketika solat subuh dan asar.Kemudian ketika malaikat malam naik ke langit , maka bertanyalah Allah kepada mereka sedangkan Allah itu Maha mengetahui segala tindak tanduk mereka “Bagaimanakah hambaku ketika kamu meninggalkan mereka?”.Lalu para malaikat menjawab “Kami telah tinggalkan mereka dalam keadaan mereka bersolat dan kami mula-mula mendatangi mereka, mereka juga sedang bersolat. (Shahih Muslim no 632.Jld 1/439)
Wassalam

picasa raya yg terselamat...





Kisah 5 Perkara Aneh.


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat seperti berikut:-
1. Apa yang engkau hadapi, maka makanlah ia;
2. Apa yang engkau jumpa kemudiannya, maka engkau sembunyikan;
3. Apa yang engkau dapat kemudiannya, maka engkau terimalah;
4. Apa yang engkau hadapi kemudiannya, jangan engkau putuskan harapan;
5. Apa yang engkau tempuhi kemudiannya, larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan kalimah syukur, "Alhamdulillah".

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa:
1. Apa yang engkau makan itu ialah perasaan marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."

Hukum Mengambil Wudu' Di Dalam Tandas.

.
Apakah hukumnya untuk seseorang itu mengambil wudhu’ di dalam tandas atau bilik air ? Suasana rekabentuk rumah dan bangunan masa kini tidak meninggalkan kita sebarang pilihan kecuali berwudhu’ di dalam bilik air. Semasa berwudhu’ di dalam bilik air, adakah dibolehkan kita menyebut nama Allah ketika melafazkan niat, begitu juga membaca zikir-zikir dan doa-doa khas ketika membasuh setiap anggota wudhu ?

Jawapan:

Soalan di atas akan dikupas dalam dua bahagian oleh penulis asal iaitu al-filfil hamra:

Pertama: Apakah hukum mengambil wudhu’ dalam bilik air ?

Tidak mengapa jika seseorang mengambil wudhu’ dalam bilik air yang dipisahkan tandasnya. Namun jika bilik air dan tandas didirikan bersama tanpa sebarang pemisah, maka sebaik-baiknya diusahakan agar tidak berwudhu’ di situ kerana wudhu’ dalam Islam adalah merupakan satu bentuk ibadah dan semua ibadah hendaklah dilakukan di tempat yang bersih dan terpelihara. Lebih dari itu bilik air yang bertandas adalah tempat yang digunakan untuk menunaikan hajat besar dan kecil, maka dikhuatiri seseorang itu akan terkena najis ketika dia sedang berwudhu’.

Jika seseorang itu tidak memiliki pilihan, maka dibolehkan dia berwudhu’ dalam bilik air yang bertandas dan wudhu’nya tetap sah. Hendaklah dia perhatikan adab-adab memasuki bilik air dan menjaga dirinya daripada terkena sebarang najis.

Kedua: Bolehkah kita menyebut nama Allah dan berzikir dalam bilik air ?

Abdullah ibnu Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Seorang lelaki berjalan di hadapan Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam sedang di saat itu baginda membuang air kecil, lelaki itu memberi salam kepada baginda namun baginda tidak menjawabnya. [Sahih Muslim – no: 370]

Dalam sebuah hadis daripada al-Muhajir bin Qunfudz radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Aku datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam ketika baginda sedang buang air kecil, lalu aku mengucapkan salam kepadanya namun baginda tidak menjawabnya sehinggalah baginda berwudhu’, kemudian baginda meminta maaf kepadaku dan bersabda:

“Sesungguhnya aku tidak suka berzikir kepada Allah Ta‘ala kecuali dalam keadaan suci.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, an-Nasai dan Ibnu Majah, dan disahihkan oleh Imam Nawawi dalam al-Adzkar (Maktabah Nazar Mustofa al-Baz, Makkah 1997), 1/65, no: 70.

Dari hadis ini berkata Imam Nawawi: Teman-teman kami mengatakan, adalah makruh mengucapkan salam (kepada seseorang yang sedang menunaikan hajatnya). Jika seseorang mengucapkan salam kepadanya, dia tidak berhak menjawabnya. Hal ini berdasarkan hadis Ibnu Umar dan al-Muhajir yang telah dinyatakan sebelum ini. [ibid, ms 33]

Berdasarkan hadis di atas dan melalui kaedah qiyas, dimakruhkan bagi seseorang untuk menyebut nama Allah atau berzikir ketika dia sedang menunaikan hajatnya, sama ada hajat besar atau hajat kecil. Namun diperselisihkan hukumnya bagi seseorang yang berada di dalam bilik air bertandas dan tidak menunaikan hajat besar atau kecil, adakah dia dibolehkan menyebut nama Allah dan berzikir ?

Pendapat pertama berkata boleh kerana hadis di atas khusus kepada suasana orang yang sedang menunaikan hajatnya sahaja. Pendapat kedua berkata ia tetap makruh kerana suasana bilik air yang bertandas bukanlah tempat yang sesuai untuk disebut nama Allah dan berzikir kepadaNya, sebagaimana tidak sesuai bagi seseorang yang sedang menunaikan hajatnya untuk melakukan yang sedemikian. Pendapat yang kedua adalah yang terpilih, Allah sahaja yang mengetahuinya.

Imam Nawawi menambah, dibolehkan berzikir umpama menyebut Hamdalah ketika bersin di dalam bilik air sekalipun ketika menunaikan hajat jika zikir tersebut adalah di dalam hati dan tidak disebut dengan lisan. [ibid, ms 33]

Adapun membaca lafaz niat, zikir dan doa ketika berwudhu’, hal ini tidak ditemui contohnya daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam. Maka sebaiknya semua ini ditinggalkan tanpa mengira sama ada di dalam bilik air atau tidak. Yang dituntut hanyalah membaca Basmalah di permulaan wudhu’ sebagaimana perintah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam:

Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwudhu’ dan tidak ada wudhu’ bagi orang yang tidak menyebut nama Allah ke atasnya (ketika mengerjakannya) .

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan lain-lain dengan beberapa lafaz yang berbeza tetapi memiliki erti yang sama. Ia diriwayatkan melalui beberapa jalan yang setiap darinya memiliki kelemahan, namun ia saling menguat antara satu sama lain sehingga dapat diangkat tarafnya ke darjat hasan lighairihi. [Lebih lanjut lihat Ibnu Hajar al-Asqalani: Talkish al-Habir (Maktabah Nazar Mustofa al-Baz, Makkah 1996), 1/107-112, no: 70 dan Nasiruddin al-Albani: Irwaa’ ul-Ghaleel (Maktabah al-Islami, Beirut 1985), 1/122, no: 81].



terima kasih kpd yg bertanya sebab kalau korang x tanye aku pn x berusaha nk menulis & cari input-input macam ni.


Alhamdulillah, mudah-mudahan sedikit ilmu yg di sampaikan akan menjadi amalan kita seharian,Insyaallah. Sempurnakan harimu dengan wudu' & solat yg sempurna...As salam....

ucapan selamat malam utk kamu..

Sebaik sahaja dirimu membuka mata dari tidur, bacalah
doa kesyukuran. Bersyukurlah kerana usiamu telah
dipanjangkan Allah dengan rahmayNya. Bersyukurlah
kerana terselamat daripada kelalaian dan kelemahan
tidur. Dan insaflah bahawa hakikatnya, pintu taubatmu
masih terbuka. Dan ketahuilah bahawa tidur itu adalah
pelajaran bagi yang hidup merasai setengah kematian.

Melalui tidur, Tuhan telah mengajar kita mengingati
kematian saban hari. Melalui tidur, Tuhan mengajar
kita hikmah mimpi. Dan adab-adab tidur juga Tuhan
tunjukkan kita melalui Nabi.oh betapa syumulnya Islam,
ia terbimbing dari hal yang sekecil-kecilnya hingga
kepada perkara yang sebesar-besarnya.



Berwudhu'lah sebelum tidur. Sesungguhnya Allah akan
memelihara rohmu disisiNya. Tetapi jika tidurmu tanpa
wudhu', Tuhan tidak akan memandang dikau dan
membiarkan jin dan syaitan mengganggumu. Akibatnya
sayang akan terbuai mimpi-mimpi kosong yang tidak
berfaedah, malah menarik ke arah kekufuran. Pengaruh
dari mimpi sebegini berupaya mencorak perlakuanmu,
jika dikau tidak mengetahui sumber-sumbernya. Amatlah
rugi jika ajal mendatangi kita ketika sedang tidur
dengan tidak berwudhu'. Roh kita akan terabai akibat
dari kelalaian kita sendiri.



Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat.
Mudah-mudahan mimpimu dikurniakan hikmah kerana ia
merupakan satu cara wahyu diturunkan. Mimpi yang benar
adalah mimpi yang diberkati Tuhanmu. Selain itu adalah
mimpi yang batil dari gangguan jin dan syaitan, dan
mimpi yang hambar terhasil dari panorama hidup
seharian. Ingatan terhadap mimpi adalah penerimaan
fikiranmu mentafsirkannya.

Sekiranya dikau tidak biasa atau tidak percaya dan
tidak dapat menerima berita-berita ghaib sebagaimana
dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah maka jadilah
segala-galanya tidak bererti dan tidak mendatangkan
faedah dan pengajaran kepadamu. Jadikanlah mimpi
sebagai mimpi dan permainan tidurmu.

Tidurlah apabila merasai mengantuk. Dengan tidur
anggota tubuh akan dapat kerehatan dan tenaga akan
pulih kembali. Usahlah dikau tidur dengan
berlebih-lebihan kerana perbuatan itu akan
mengakibatkan badan menjadi letih dan lesu. Akal
fikiran akan menjadi lemah. Akan tetapi, jangan pula
sayang tidak tidur berpanjangan kerana dengan berbuat
demikian kewarasan fikiran akan hilang. Tidurlah
sekadar sebagaimana disyorkan Islam, ditunjukkan oleh
Nabi s.a.w iaitu tidur sebelum zohor dan selebihnya di
siang hari menguruskan pentadbiran dunia. Manakala,
tidur sedikit di malam hari dan bangun memperhambakan
diri dari tengah malam hingga ke pagi. Inilah contoh
tidur yang ideal dan amalan manusia hamba yang mencari
keredhaan Tuhannya.



Jauhkan dirimu daripada amalan tidur dua kali di siang
hari kerana amalan itu adalah perbuatan syaitan.
Hindarkan dirimu tidur terlalu lama supaya tidak
dikencingkannya. Dan janganlah tidur di siang hari
menjadi kemestian kerana tabiat ini akan mengeruhkan
wajahmu dan rezeki menjadi mahal. Berusahalah menjaga
adab-adab tidur dan elakkan dari menelentang, kaki
bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung.
Tutuplah auratmu dan tidurlah di tempat yang
terselamat daripada fitnah. Berlindunglah kepada
Allah, InsyaAllah dirimu akan mendapat berkat.


Ingatlah bahawa masalah tidur sering dianggap remeh
temeh dalam hidup ini, tetapi pada hakikatnya ia adalah
jurang yang dalam yang berupaya mengakibatkan dirimu
hidup tak terancang, hilang matlamat dan hilang punca.
Sesungguhnya jurang ini telah dimanfaatkan oleh musuh
yang menjadikan panduan hasrat dan dengkinya dengan
sumpahan cela.

Ketahuilah ...

Bahawa syaitan telah bersumpah dengan tiga perkara.
Selagi makhluk Allah yang bernama manusia
melakukannya, selagi itulah pintu kesesatan terbuka
luas dan mudah bagi mereka memperdaya : iaitu
Pertamanya keinginan untuk makan, Keduanya keinginan
terhadap perempuan dan Ketiganya keinginan untuk tidur
di mana selama mana ketiga-tiga keinginan ini terus
subur dalam diri manusia maka selagi itulah tidak ada
kegagalan untuk syaitan menyesatkan manusia. Kita
semua tidak akan terselamat kerana itu adalah sifat
dan ciri-ciri manusia. Kita hanya terselamat jika
didikan Rasulullah dalam hal-hal berkaitan kita
amalkan. Itulah kurniaan Allah kepada kita, hamba yang
mencari keredhaanNya. Maka bersyukurlah dan
jangan sekali-kali menyombong diri….Nauzubillah
Peringatkan kepada diri empunya note ni jugak~!!

Sehelai Daun Nan Hijau


Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohonan tampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yg bergoyang-goyang disapa dek angin.

"Apa Khabar daun hijau" Tegur si ulat. Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yg datang. "Oh kamu Ulat. Badanmu kelihatan sangat kurus dan kecil,mengapa?" Tanya Daun Hijau. "Aku hampir tidak mendapat dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" Kata Ulat. "Tentu..Tentu..Marilah ke mari." Daun Hijau berfikir, jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan Si Ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah. Setelah makan sehingga kenyang Ulat berterima kasih kepada Daun Hijau yg telah merelakan sebahagian tubuhnya menjadi makanannya.

Ketika Ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya yg penuh kasih sayang dan pengorbanan itu, ada rasa puas hati di dalam diri Daun Hijau. Walaupun tubuhnya berlubang di sana sini namun dia bahagia dapat melakukan sesuatu untuk Ulat kecil yg lapar.       

Tidak lama berselang ketika musim panas datang, Daun Hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya, ia gugur ke tanah, disapu orang dan dibakar.      

Apa yg terlalu beerti dalam kehidupan kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja untuk orang lain?Sedangkan akhirnya semua yg ada akan mati dan segalanya akan ditinggalkan. Rela berkongsi kesenangan dan kepentingan diri sendiri memang tidak mudah, tetapi ianya pasti akan menjadi sesuatu yg sangat indah,tidak ternilai dek kesenangan yg pernah kita miliki.   

Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti Daun Hijau yg berlubang namun itu sebenarnya tidak memperngaruhi hidup kita. Kita tetap akan hijau, Allah tetap memberkati dan memelihara kita. Bagi Daun Hijau, berkorban merupakan satu perkara yg memberi kesan yg amat indah dan memuaskan . Dia bahagia melihat sahabatnya mampu tersenyum kerana pengorbanan yg dia lakukan. Dia juga melakukannya kerana dia sedar sebuah hakikat bahawa kesenangan yg dimiliki tidak akan kekal lama. Dia tidak akan selamanya kekal sebagai sehelai daun hijau. Suatu hari nanti ia akan kering dan akan jatuh.

Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati juga akhirnya. Maka, isilah kehidupan ini dengan perbuatan yg baik, kasih sayang, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.        Jadikanlah perngorbanan itu sebagai sesuatu yg menyenangkan dan membawa makna terindah dalam diri sendiri. Kita mampu berkorban dalam banyak perkara. Mendahulukan kepentingan bersama, melakukan sesuatu untuk mereka, memberikan apa yg kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yg dapat kita lakuakan.      

So, di mana kita? Apa yg sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yg menerima kebaikan orang ORmenjadi daun hijau yg senang memberi? Tepuk dada, tanyalah iman~!! 

permintaanmu...


Kata orang matematik 6-1 = 5...tapi dalam rukun iman 6-1 = 0. Beriman kpd Allah bermakna kita membenarkan dalam hati kita bahawasanya Allah itu Esa, kita lafazkan melalui lisan dan membenarkan keEsaan Allah dalam setiap perbuatan kita. Beriman dgn Rasulullah bererti kita membenarkan segala yg disampaikan drpd Baginda, junjungan mulia kita Muhammad, Rasul terakhir yg telah diutuskan Allah utk menyampaikan berita-berita gembira & peringatan yg bakal mereka hadapi jika melanggar ketetapan Allah. Kalau nak aku kupaskan tentang rukun iman, rasa-rasanya korang sendiri pun cukup pengetahuan tentang tu kan? So, isu aku kali ni, bila kita tolak atau tertolak salah satu drpd rukun iman tu bermakna kita dikatakan belum beriman. So iman tu apa sebenarnya? kenapa 6-1 = 0 pulak? aku rasa rukun iman 1-5 tu cukup mudah kita terima tapi yg ke-6 tu??ape cer?? Percaya terhadap qada' & qadar Allah s.w.t. Orang melayu sebut " taqdir ".

Aku percaya pada takqdir dan nasib. Namun, bila aku sebutkan taqdir & nasib bukan bermakna aku cuba menyeru kalian semua utk menjadi seorang yg pesimis, tapi sebenarnya aku cuba utk mengajak anda semua utk melihat bukti kewujudan Sang Maha Pencipta, Allah s.w.t dan bukti hidup ini penuh dgn pilihan. Taqdir adalah sesuatu yg menjadi hak mutlak Allah s.w.t tetapi nasib itu yg menjadi pilihan manusia. Apa kaitan antara rukun iman yg ke-6 dan taqdir. jap jap jap!! iman tu ape? 

Iman tu kalau kita beri definisi mengikut dalam melayu maknanya 'kepercayaan'. Kalau bahase arabnye pulak 'iman' tu maknanya membenarkan apa-apa yg dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dan apa-apa yg diketahui tentang agama Allah. Dari aspek syara' pulak, iman itu ditakrifkan dalam 3 perkara sebenarnya. 

1. Pengertian iman yg didefinisikan oleh pengikut Asya'ari iaitu iman ialah membenarkan sesuatu yg dipercayai dgn hati.

2. Tafsiran mazhab Hanafi pula menyatakan bahawasanya iman itu ialah membenarkan sesuatu yg dipercayai dgn hati dan mengaku dgn dua kalimah syahadah.

3. Iman membenarkan sesuatu yg dipercayai dgn hati dan mengaku dgn dua kalimah syahadah, tetapi turut disertai dgn satu lagi perkara iaitu mengamalkan keimanan itu dan pengakuan yg telah pun dilafazakan dalam lisan. (Khawarij, muktazilah dan ahli feqah & ahlul haidtj).

So, kalau kita considered 3 jenis definisi tersebut, cukup beriman ke kita? Aku rasa semua dah cukup kukuh dgn ilmu & pengetahuan tentang asas rukun iman yg 6 perkara tu, tapi sering orang kompius antara utk menerima taqdir atau itu nasib? 

Sebagai contoh, Lahir dan Mati adalah takdir manusia yg memang tak ada sesiapapun mampu utk menyangkal kerana semua tu menjadi hak Allah yg mutklak. Kalau duit bapak korang pun korang berani ke nak pertikaikan? Ini hak Mutlak Allah s.w.t baiiii..... So, kenapa still tak mahu terima bai? ko jawab bai. Allah dah tetapkan kita dilahirkan sebagai lelaki, yg ada pepandai merubah taqdir pergi ubah pulak tu kenapa bai? 

Jadi kaya, miskin, bodoh, cerdik, menjadi orang baik atau jahat adalah nasib! Nasib bukanlah sesuatu yg mutlak, namun menjadi suatu pilihan, so kita manusia mempunyai pilihan, jadi manusia mempunyai hak utk memilih. Jadi janganlah kita salahkan Allah kenapa kita kaya atau miskin, kenapa kita kecewa, kenapa kita bahagia? Eh, ade ke manusia akan persoalkan kebahagiaan diri mereka sendiri? Arrghhh, fikirlah sendiri.Jadi baik atau jahat? semua tu pilihan kita sendiri.

Aku ade 1 analogi yg nak share sikit. Kehidupan ni boleh tak kalau kita umpamakan macam permaian catur? Aku tak terer sungguh main catur ni. Main lawan dengan komputer pun asyik kalah je. So, jom fikirkan, ibaratkanlah, Takdir adalah catur hitam, catur putih, cara jalannya Raja, Ratu, Benteng, Kuda dan macam-macam lagi la kan. So, cara main dia tetap ada peraturan die kan? Kalau nak gerakkan King ke, Queen ke, mana boleh main gerak ikut sedap hati kita jer. Huh? Korang main ikut suka hati korang? Memang naya kene baling dengan papan catur tu kang. Mana boleh langgar jer kan. Kalau kuda tu boleh digerakkan dalam bentuk "L" dalam 3 kotak je, kena la ikut kan. So, semuanya dah diaturkan. Mana bisa dilanggar dong!Namun kita kena ingat, cepat or lamanya permainan tu ATAU kalah-menangnya permainan tu adalah pilihan kita, mutlak di tangan kita.


Tuhan yg Maha Adil sudah menetapkan Takdir sebagai aturan dalam kehidupan, namun bagaimana kita hidup adalah pilihan kita, namun hasil akhir kita sendiri yang menanggung hasil dari pilihan kita, walaupun Tuhan sudah tahu akhir dari setiap cerita dalam kehidupan kita ni. 

Ramai orang kecewa bila taqdir yg buruk menimpa diri mereka. aku pelik kenapa mesti kecewa? aku pun dulu macam tu jugak. Kecewa beb kena tinggal dek awek kesayangan, ulam penangan jantung la kata kan ? kan? kan? tapi soalnya kenapa aku kecewa?

 So, taqdir? Aku kecewa kerana taqdir? Sedangkan aku mengaku membenarkan setiap qada' & qadar dalam kehidupan ni semuanya datang dari Allah. So, kecewa tu bukan ke mencerminkan kita sebenarnya tidak redha dgn ketentuan Allah turunkan utk kita? So, dalam sedar atau tak sebenarnya kita dah tolak rukun iman kita yg ke-6 tu. kita rewind balik definisi kita yg ke-3 tentang iman tadi. Kita benarkan dalam hati, lafaz redha dgn mulut kita tapi perbuatan kita? Kita gagal menghayati iman sepenuhnya? 

Kecewa. Merayu la. Cuba bunuh diri la. Siap cakap " tiada ada pengganti mu sayang" or "dulu kini dan selamanya". Kena kat awek yg mudah cair pun termakan pujuk rayu. "aku tak akan lupakan mu sayang sampai aku mati". aik? kita ni Allah ke nak cakap macam tu? Memang kita tak boleh lupakan sape pun yg pernah hadir dalam hidup kita. Tempat jatuh lagi dikenang kan? Ni kan pulak awek wei...tapi aku cuma sedih sebab aku rasa kita sebenarnya menipu diri sendiri. Aku nak tanya sikit, betul ke tak akan ada pengganti tu? Kalau 3 tahun lagi ko tetiba jupe awek lepas tu jatuh cinta macamne? Berani kerat jari kalau cakap tak. Kita manusia kita tak pernah tahu apa akan jadi ke atas kita esok luse tulat tubing. Aku dulu tak sampai setahun "aweks aku meninggal dunia" dah Allah bagi pengganti. Memang la tak sama tapi jauh lebih baik. So, terbuktila kata-kata kita ni suatu pembohongan terhadap diri sendiri.

Aku pun dulu macam tu jugak kan, sebab tu aku berani cakap tentang apa yg korang korang lalui tu. tapi orang kata kadang-kala rasa kecewa yg Allah kurniakan utk kita tu menjadikan kita lebih baik & lebih dekat dgn Allah, memahami kental or kurussss je iman kita. Kecewa kerana kita memilih utk kecewa. kenapa? Ye la, yg kita tak nak yakin pada Allah kenapa? Bukan awek tu sorang je ada dalam dunia ni. Pintu depan tertutup, kita pergi pintu jiran sebelah rumah dia je. Mana tahu kat situ Allah temukan kita dgn yg lebih baik? tapi kita memilih utk terus kecewa sebab kita gagal utk menjadi hambaNya yg bersyukur & redha. So, kecewa atau tak pilihan diri kita sendiri bukan orang lain. 

Aiii malunya aku kat Allah. kecewa tak hingat dunia. tak hingat mak ayah. tak hingat Allah. Sedangkan taqdir itu datang drpd Allah, menerima dgn hati yg redha memang bukan perkara yg mudah. BUT we have no choice! kalau hati kita belum mengakui bahawasanya kita ni milik Allah, kecewa pasti menjadi rakan baik kita setiap masa bila kita diuji dgn taqdir yg Allah berikan. Nauzubillah. 

So, sedar atau tidak. Iman kita kosong disebabkan ketidakmatangan kita sendiri. So, kalau kita sendiri tidak mampu menjaga iman kita, layak ke kita cuba menjaga iman anak-anak kita, cucu-cucu kita sendiri? So, bila berdepan dengan situasi di mana kita rasakan terlalu susah utk menerima taqdir, nasihat aku satu jer "tolong kenali diri anda & Tuhan Anda". Berjanji manis semua orang boleh bai, nak laksanakan tu bai memerlukan komitmen diri & bai'ah iman yg kukuh dalam diri kita. So, kenapa perlu ada kecewa jika hati benar-benar beriman terhadap Allah? Subhanaallah. So, beriman atau pun tidak, terletak di tangan kita sendiri. Jika hati ikhlas redha dgn kehendakNya, Allah pasti membalas setiap kemanisan iman kita dgn syurga. Jangan pernah rasa takut utk menerima taqdir samada yg baik mahupun yg buruk kerana Allah telah menjanjikan pelangi selepas hujan ditengahari. Hati ikhlas kerana Allah, pasti sesuatu yg cukup baik menanti anda. Itu janji Allah, bukan aku yg berjanji.

Aku menulis kerana mencari redha Allah. Aku menulis utk bersama-sama kita membuat pilihan terbaik dalam kehidupan, kerana kita hidup di dunia cuma satu matlamat yg sama iaitu mencari "mati" yg hakiki.  Peluklah iman mu sekuat hati, jadikan redha itu bantal peneman, pasti hati akan menjadi tenang. 

Segala yg baik datang dari Allah, yg buruk juga datang dari Allah tetapi kerana gagal membuat pilihan ianyanya menjadi kelemahan diri ni. Sekian, dari aku....As salam.....







-----------------------------------Apa Khabar Iman Kita Hari Nie?--------------------------------

Berehat Sebentar...




Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa, “Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.

Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah, “Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?” Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail, “Tidak”. Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.

Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya, “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.

Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.

Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah, “Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?” Maka Allah berfirman yang ertinya, “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”. Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.

Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata, “Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”

Maka Allah pun berfirman, “Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.

Sabda Rasulullah, “Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.

Kata Rasulullah lagi, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.

Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehinnga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.

Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?

Dalam sehari kita diberikan tempoh waktu 24 jam,ayuh kita ambil sebahagian masa yg ada untuk bersama merenung kebesaran Allah s.w.t. Mudah-mudahan hati kita akan terpaut pada keindahan syurga yang telah Allah janjikan, mudah-mudahan hati kita terpesona dengan akhirat yang pasti akan menjelma, mudah-mudahan jiwa kita sentiasa meronta-ronta mencari pahala yang telah Allah janjikan untuk kita.

Ya Allah, Engkau jadikan hari kami seperti hari-hari mereka yg sentiasa memperoleh keuntungan dunia dan akhirat. Ya Allah, Engkau jadikanlah hati kami supaya sentiasa merindui kasihMu yg abadi. Ya Allah, permudahkan & lapangkan dada kami untuk kami mencari rahmatMu di sini. Ya Allah, peliharalah diri kami dari lalai & leka yg menjerumuskan kami ke azab api nerakaMu. Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibu bapa kami, dosa-dosa guru kami, dosa-dosa sahabat kami. Tempatkanlah kami dikalangan orang-orang yg beriman & bertaqwa.