faisyacintaku2005

skyhacker's

My photo
A Simple Thought Can Lead To A Changes!

10 Petanda Dia adalah Jodoh Anda



Terima kasih bagi yang bertanya bagaimana kita boleh yakinkan bahawa dia adalah jodoh kita. Bagi aku, 10 petanda inilah yang aku rasa cukup kuat untuk aku terus yakin bahawa penantian aku tidak akan disia-siakan Allah s.w.t. Pertemuan tetap ada perpisahan. Semuanya berada di dalam tangan & kekuasaan Allah s.w.t. Cuma, teruslah yakin pada diri sendiri & letakkan sepenuhnya keyakinan anda pada Allah s.w.t. 

Gunakan seluruh pancaindera.

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita

  1. Bersahaja
    Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
  2. Senang bersama
    Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.Ketika bersamanya, anda akan rasakan bahawa diri anda telah lengkap segala-galanya.
  3. Terima kita seadanya
    Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
  4. Sentiasa jujur
    Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
  5. Percaya Mempercayai
    Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
  6. Senang Bekerjasama
    Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
  7. Memahami diri kita
    Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita. Point saling memahami ini bagi aku perkara yang paling penting dalam sesebuah perhubungan. Saling memahami kehendak & keperluan diri masing-masing. Hormat pada pilihan dan kehendaknya. Chemistry! Unsur-unsur chemistry inilah yang memperlihatkan kepada kita betapa besar petunjuk Allah s.w.t kepada kita. 
  8. Tampilkan kelemahan
    Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.Maka, akuilah kelemahan diri sendiri. Kerana atas dasar kesedaran itulah yang bakal menjadi suatu titik tolak untuk kita berubah.
  9. Kata hati
    Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
  10. Mimpi
    Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insyaAllah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?Tapi ada juga kita buat istikharah tapi tak pernah nampak sebarang petunjuk. Jangan salah faham tentang konsep istikharah. Petunjuk Allah s.w.t tidak semestinya melalui mimpi sahaja atau ketika sesudah kita usai solat, tapi kata hati juga boleh menjadi suatu petunjuk. Ada hadith yang pernah aku jumpa yang mengatakan kata hati juga boleh menjadi suatu petunjuk dari Allah s.w.t untuk kita. Anda tak percaya? Aku boleh buktikan. 

    Namun, suka untuk aku nyatakan di sini. Bukanlah kesemua 10 tanda ini mesti ada dalam diri dia. Mungkin 3/5 daripadanya, bagi aku memadai. Kerana kita cumalah anak Adam yang dilahirkan dalam keadaan yang serba kekurangan.


    Madah Cinta
    “ Manusia merancang, Allah menentukan.”

    “Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.” – Al-Quran

    Jika anda yakin dengan pilihan anda, yang penting jangan pernah berhenti berdoa kepada Allah s.w.t supaya perjalanan sebuah hubungan yang anda sendiri pilih sentiasa di dalam redhaNya. Hidup di dunia adalah untuk mencari bekalan supaya kita sentiasa untung di akhirat.

    Assalamualaikum w.b.t


Untuk isteri tercinta

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala ekstra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat kelebihan pahala ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka dengan-Nya.

Bermimpi tak berbaju?Jangan fikir pelik-pelik..baca dulu tau...

Assalamua'laikum w.b.t

Perkongsian dari seorang shbt:

baru pulang dr kuliah TG Haron Din.. beliau m'buka kuliah dgn satu pertanyaan. Adakah anda semua pernah b'mimpi melihat diri anda berbogel?..semua hadirin tersentak. TG meminta sape2 yg pernah b'mimpi mengangkat tangan. tiada seorang pun yg angkat. TG b'istighfar...TG menyambung dgn satu kisah...kisah itu diambil dari majalah arab. dalam majalah itu m'ceritakn satu wawancara dgn Imam Masjidil Haram Sheikh Sudais...dlm wawancara itu, ada sesi soal jawab melalui telefon. satu panggilan diterima. Pemanggil itu b'tny soalan ttg tafsir mimpi. sheikh kata beliau tak pandai ilmu tafsir mimpi, tp hny sebahagian shj beliau tahu. pemanggil itu m'ceritakan mimpinya, dlm mimpinya dia melihat seorang lelaki sdg b'tawaf dlm keadaan bogel tanpa ada perasaan malu. Sheikh m'jwb masyaallah..masyaallah...sheikh kata tafsir mimpi ini saya tahu. sheikh kata 'org itu mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan dia diterima'. umpama anak yg baru dilahirkn tanpa sebarang dosa. Pemanggil itu b'tny: bolehkah saya menceritakan khabar baik ini kpd lelaki yg saya nampak beliau dalam mimpi saya?. sheikh kata: menjadi satu kewajipan anda memberi khabar gembira ini kepada lelaki itu. lantas pemanggil itu b'kata: lelaki itu adalah tuan Sheikh sendiri. Sheikh Sudais terkejut dan menangis2. sehingga prgm wawancara tersebut terpaksa dibatalkan

alangkah ruginya kita

dan alangkah untungnya manusia itu

mendapat keampunan dari allah dan segala amalan diterima

amalan kita termasuk perjuangan kita ini banyak bercampur dgn dosa, malas, banyak alasan dan macam2 lagi

original copy ~ Ustaz Wan Mohamad Rashadan (USIM)~

Imaginasiku



Malam di sisimu

terjaga dengan ciuman semerah saga
seolah mimpi baru bermula..
Bangkit melihat mentari bergelayut di dedaunan
Dan masih melihat dirimu lena di dada
menyeduhkan dangkapan kehangatan..




Lihatlah, embun di lengkung kelopak mawar
berkilau menjelma ilham hariku




Secercah pagi
kuyakinkan padamu dalam bingkai jendela
seberkas sinar kubukakan untukmu
langit menghamparkan lembaran biru di kakimu
padang sajadah, tempat doa-doa ditanam diranumkan
tempat langkah kita tumbuh menjadi helaian cahaya
bunganya bertaburan memenuhi semesta.


Lihatlah

burung-burung berterbangan itu
ramai berebut cahaya keluar mencari detik masa
bukankah nyanyiannya senantiasa kita dengar
di saat fajar...


Ku yakinkanmu
melihat cahaya-cahaya yang kita semai 
lahir ke dunia cukup sempurna..
Doa-doa mendidik sejahtera kalian..

Dan..
Malam-malamku
penuh penantian tanpamu di sisi..







kerana segalanya...

Berlari ke pena
melihat mentari muncul kembali.
Dan 
hari bermula di sini...
biarkan runtuhan semalam hanyut
hingga ke pulau usang...

kerana segalanya
adalah mesti bermula
biar getir perit
unggun api menyesali suatu kilahan hidup..
namun masih ada syukur
dalam penantian...

Ohh biarlah aku berbicara sama tuhan
tentang rindu
tentang cinta
tentang pilihan
tentang sakit
tentang diri.....
sayup-sayup biar aku kesahkan dalam resah
kerana segalanya adalah di sini...

Ohh pena..
nyatakan kekusutanmu
biar jelas untuk aku lukiskan indahnya perasaan,
tiup syahdu biar halus aku ukirkan
tentang cinta....

Dan...

segalanya bisa di sini...

kerana...

telah aku dambarkan
untuk sekelian kali
debaran yang sering melanda pantai hati,
gelora yang menghentam lautan jiwa...

kerana segalanya adalah di sini
untuk pengabdian sebuah penghujung...
kerana segalanya 
adalah pasti dalam
Kun Fayakun.....




Dedicated to~Faisya1987

3 panggilan Allah


Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah……. ..aku bertanya pada Ibu.


‘Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dengan Umrah….?’
Maklumlah, ini pertama kali aku ber Umrah.
Dan Ibu, memberikan penerangannya…
Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya telah menyertai rombongan Umrah pada bulan July 2007 yang lalu.
Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kaabah.


Pada kesempatan itu aku untuk bertanya tentang Umrah kepada ibu.
Ibu berkata…’Hassan, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup…’
Keningku berkerut….
‘Sedikit sekali Allah memanggil kita..?’
Ibu tersenyum… ‘Yer, tahu tak apakah 3 panggilan itu…?’
Aku menggelengkan kepala.
‘Panggilan pertama adalah Azan‘, ujar Ibu…
‘Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita.
Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi hambaNya, samaada hambaNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas hambaNya pada hari kebangkitan nanti’.
Saya terpaku…. .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambat-lambatkan solat kerana meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Astaghfirullah…


Ibu terus berbicara…
‘Hassan, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji.
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’ . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak ada duit tiba-tiba dapat duit dan dapat pergi. Yang kaya raya duit bertimbun-timbun, tapi tak ada kesempatan pula hendak pergi. Ada yang memang merancang dan terkabul. Tapi ada juga yang sebaliknya.
Ketika kita memasang niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaikallahummalabbaik/ Umrotan’, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu’.
Mata saya semakin ber
kaca-kaca. Subhanallah. Saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan. Alhamdulillah.


Dan panggilan ke-3;, terang ibu lagi, ‘adalah KEMATIAN.
Panggilan ini Allah tidak memberikan sebarang tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya adpat menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu Hassan, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya.

Jawablah 3 panggilan Allah dengan TAQWA.
Insya Allah syurga adalah balasan untukmu…’

Ibu mematikan bicara sekadar itu. Aku termanggu…
Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ….
Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat….
Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam.

 Semoga dengan kisah ini kita sama-sama mengambil pengajaran dan  iktibar untuk berjaya di dunia dan akhirat kelak. InsyaAllah.
 Bergenang baca air mata bila baca kisah ni..Ya Allah, permudahkanlah segala langkah aku menuju jalanMu...

Berfikir itu intisari akal.

Kita manusia sebenarnya sentiasa berfikir. Setiap saat dalam jaga pasti otak kita akan berfungsi menafsir dan mengambil berbagai keputusan yg perlu kita lakukan. Setiap hari tidak kira sewaktu kita bekerja atau sebaliknya, kita akan sentiasa berfikir.  Berfikir bagaimana cara untuk kita menyelesaikan masalah yg kita hadapi saban waktu dalam sedetik sang waktu itu berlalu. Berfikir. Berfikir. Berfikir dan berfikir. Akhirnya kita pasti akan temui idea atau jalan yg kita rasakan terbaik untuk menyelesaikan setiap masalah tersebut.

Begitulah kita. Begitulah keadaan akal kita yg sememangnya tidak pernah berhenti berfikir kecuali sewaktu kita tidur. Kita akan berfikir dengan lebih serius apabila kita berdepan dengan suatu permasalahan, musibah, kesempitan, sakit atau kegagalan. Kita akan sentiasa berfikir untuk mencari jalan penyelesaiannya. Lebih besar masalah yg timbul, maka, lagi besarlah usaha kita untuk berfikir apakah jalan untuk menyelesaikannya. Namun, dalam berfikir, dalam banyak waktu yg kita gunakan untuk berfikir, pernahkah kita berfikir tentang hubungan kita kita dan Allah s.w.t, tuhan yg menciptakan sekelian alam?

Pernahkan kita bertanya dan berfikir bagaimanakah perjalanan kehidupan kita menuju akhirat atau mungkin pernahkah kita bertanya bagaimana prestasi iman kita hari ini? Meningkatkah atau merundum jatuh umpama pasaran saham di BSKL? Apakah kita pernah berfikir tentang bagaimana jalan hidup yg susah dan sedang serta yg bakal kita tempuhi, adakah perjalanan hidup kita selama ini mengikut kehendak kita atau kehendak Pencipta kita?

Pernahkah kita berfikir untuk menyemak atau double-check semula batin kita? Adakah di dalamnya jernih laksana embun pagi yg menitis di helaian dedaun atau mungkin hanya ada lukisan hitam yg kelabu, kabur, berdebu dengan dosa-dosa, syubhah, dengki dan mazmumah yg lain?

Bagaimana solat kita hari ini?Bagaimana ibadah ibadah puasa kita? anak-anak, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, suami, isteri kita, teman baik kita, tunang kita, bakal isteri kita, kekasih kita? Sudah jelaskah mereka tentang kefahaman mereka sebagai hamba Allah? Sudahkah matlamat yg kita semai saban hari di pagi hari dan helaian hari-hari selari dengan kehendak Allah?

Sudah layakkah kita digelar sebagai "khalifah Allah" di muka bumi ini yg telah digalaskan dengan suatu tanggungjawab menjadi ejen atau faktor X yg mampu melakukan perubahan di dalam masyarakat kita?Mungkin terlalu besar jika dimengertikan dalam suatu kelompok masyarakat. Kita ke organisasi yg lebih kecil, adakah kita telah menjadi faktor X yg mampu melakukan perubahan yg mengajak manusia ke arah kebaikan menuju jalan yg diredhai Allah, cukup jika kita hanya mampu menarik seorang terlalu besar maknanya usaha kita di sisi Allah. Ahli keluarga kita? Terhalangkah mereka oleh kita dengan tegahan-tegahan mengharamkan yg haram dan memberi kebaikan untuk mereka nikmati?

Ambillah sejenak waktu dari sang waktu yg dipinjamkan Allah untuk kita merenung.Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda "Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat setahun". Betapa mahalnya nilai berfikir dan kesan yg kita mampu lihat jika betul cara berfikir kita. Berfikir adalah suatu proses di mana kita menerima suatu stimulasi, menganalisis, menafsir, menyimpan maklumat dan menyimpulkan berbagai-bagai maklumat yg ada di dalam dan luar diri kita sehingga menemui hikmahNya, bukan sekadar menjadi idea, pengetahuan yg mampu mematangkan malahan mampu suatu dorongan kita untuk bertindak.

Sesungguhnya, bermula daripada sebuah fikiranlah yg akan mengarahkan logiknya tindakkan kita, ke mana kita akan pergi dan bagaimana kita akan melakukan sesuatu perkara kerana dalam fikiran itu, seluruh keputusan, kita merencana dan membina sebuah konsep tersendiri tentang sesuatu penilaian.  Malah dengan pemikiran jugalah yg menjadi penentu dekatnya kita dengan Allah s.w.t Rasulullah s.a.w pernah bersabda yg bermaksud "wahai Anas sesungguhnya orang yg bodoh itu lebih banyak tertimpa musibah kerana kebodohannya daripada orang jahat yg berakal".

Maka, dalam kesibukkan kita mencari kebahagiaan di dunia, jangan lupakan memberikan ruang terhadap diri kita sendiri untuk berfikir. Bahagikan masa kita berfikir kita kepada 4 waktu iaitu :

1. Waktu  untuk bermunajat (berzikir dan berdoa) kepada Allah
2. Waktu untuk bermuhasabah diri
3. Waktu untuk berfikir kekuasaan Allah
4. Waktu untuk menumpukan kepada keperluan seperti makanan dan minum.

Berfikir itu intisari akal. Sesungguhnya barangsiapa yg bicaranya tidak mempunyai hikmah, bererti dia bercakap kosong, dan sesiapa yg diamnya bukan untuk berfikir, bererti dia sedang mengelamun, dan orang yg memandang sesuatu tanpa mengambil hikmah, dia itu orang yg sangat rugi. Sekian, As salam....



p/s : biar dahi berkerut berfikir, biar orang cakap kita nampak tua, biar rambut makin berkurang banyak berfikir asalkan iman kita semakin bertambah...

Keliru

Biarkanlah semalam...
tangiskan esok
cipta seribu pengertian
dalam segunung harapan....

Rasa apa...
dayaku hilang
jauh direntap kekeliruan
penuh kesengsaraan.

Cuba mengerti,
namun keasyikkan terlalu indah,
saktinya naluri kita manusia.

Buka pintu hati
andaikata ada makna untuk kita
menghuraikan yang tersirat.

Namun..
Bisa aku lihat cahaya
mengubati kekurangan...

Sepi aku dalam kehausan,
setiakan diri melihat kehancuran
suatu penantian
yang meninggalkan benih persoalan....

Prof. Aries@reez_1987

tinta cinta...


Bila cinta memanggilku...

Berbisik di dasar hati
aku bertanya tentang dirimu..
Dan..
bila rindu menyelubungi malam
kedinginan dan air mata
memanjat seru kasihNya 
biar singgah di setiap detik pipimu..

Aku merenungi langit gelap
bertahan tidak akan terputus 
di dalam hati kalimah menyeru rindu
bila cinta memanggil...

Jika bintang hanya sekadar bintang
mengapa ingin aku gapai untuk menyentuh...
Jika hati sekadar hati
mengapa rindu hatiku terhadapmu 
semakin berat...

Bila cintamu memanggilku
akan aku turutkan walau jalannya berliku
Dan apabila...
sayap-sayap pendulummu memeluk aku
telah aku pasrahkan hanya untukmu
walau 
pedang tajam terselit 
di setiap sela sayapmu itu untuk melukaiku..

Biarkan...aku biarkan cintamu menular
ke ubun dan temuji diri...
mengusap sepiku kelmarin

Kekasih...kekasihku dan kesendirianku..
sebengis maut aku menantimu...
bila cintamu memanggil 
sepatah kataku dalam sepi
kini menjadi lagu....


Biar seminit waktu
berpandangan melihat kedamaian 
bila cinta memanggilku...

aku mencintaimu...



Surat untuk isteriku...



Siapakah engkau duhai isteriku yang menyelinap ke dalam kehidupanku?

Kita berdua hadir dari dimensi ruang dan waktu yang berbeda, bahkan kita saling tak mengenali. Tapi kenapa disaat bersua, seketika kita saling mempercayai untuk membangunkan berbagai persamaan meniti perjalanan mahligai rumah tangga.


Sungguh begitu mulia mahligai yang bernama pernikahan. Pernikahan membuat kita saling terbuka, saling mempercayai dan saling berkomunikasi. Tak menghairankan, apabila Allah SWT menempatkan jodoh pada kelompok ilmuNya yang tak dapat disingkapkan secara pasti oleh hambaNya. 



Siapakah yang mengirimkan dirimu ke dalam kehidupanku, duhai isteriku?


Jawabnya pasti Allah SWT. Betapa Maha Pengasih Dia, yang memberikanmu sebagaimana ketentuannya agar setiap makhluk hidup berpasang-pasangan. 


Sesungguhnya dunia perhiasan dan sebaik-baiknya perhiasan adalah wanita (isteri) yang sholeh (HR. Muslim)



Benar dikau memang hanya seorang isteri, bukan pemimpin utama. Tapi, sesungguhnya engkau menentukan, ketika hanya menjadi posisi pendamping aku bernama  suami. Engkau, di saat menjadi isteri yang suci, semestinya menjadi pengawas suami di saat aku keliru melangkah. 



Siapa yang dapat mengukur air matamu yang berderai di saat engkau berdoa memohon agar Allah menunjukkan jalan yang benar pada suami? Airmata yang selama ini dicitrakan sebagai kelemahan, justeru menjadi kekuatan untuk mengembalikan suami dan keluarga ke jalan yang benar.



Tapi, siapakah engkau, duhai isteri yang menyelinap ke dalam kehidupanku? Isteri yang suci justeru merupakan jalan cahaya menujuNya. Kesucianmu menjadi suar di tengah keluarga untuk membentuk keluarga sakinah. Cahayamu menerangi perjalanan menuju padaNya. 



Kesabaran dan keikhlasanmu mengelola rumah tangga membuat para suami merasa khidmat untuk beribadah. Sebaliknya, isteri yang 'musyrik', bagai lorong gelap yang menyesatkan. Kerana itu isteriku, jadilah engkau suci untuk menjadi jalan bercahaya bagiku dan keluarga kita.



Wahai isteriku, di saat engkau menjadi jalan bercahaya, mengapa mesti aku menggantinya? Bukan kerana sejatinya aku mencintaimu namun kerana cintaku padaNya yang memuliakanmu, buat bakal isteriku yang bakal melahirkan anak-anakku! Zulaikha Humaira & Yusoff Ridzuan & Zulaikha Sofea.




kau cinta terakhirku


Indahnya bersamamu...

Resah yg ku ungkap dalam kata
mengisahkan sebuah lukisan kesunyian

sunyi tanpa suara bujukanmu...
tanpa hadiranmu tiada pengertian
yang bisa ku garap
menemani perjalanan....

Tanpa Cintamu..
tanpa kasihmu
tanpa dirimu
aku hampa..
aku resah
aku mati di sini...

syahdu pelukan maya
setelah aku telah dimengerti
bahawa dirimu perlu ku gapai hampir ke sisi...

seribu keresahan di mimpi
getir rindu melihat seraut wajah puteri
aku merinduimu...