Berdasarkan hadith begitu banyak peluang yang Allah s.w.t berikan dan yang telah Rasulullah s.a.w tunjukan untuk menjadi mulia dengan cinta. Bukan menjadi terhina dan terpuruk kerananya. Semoga hadits-hadits cinta ini bisa menjadikan kita untuk sedikit sebanyak memahami cinta yang menyelamatkan. Cinta yang menerbangkan kita ke syurgaNya,Insya Allah.
Cinta yang memberikan cahaya
“Sesungguhnya diantara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan nabi dan syuhada menginginkan keadaan seperti mereka, kerana kedudukannya disisi Allah. Sahabat bertanya :“Ya Rasulullah, tolong kami beritahu siapa mereka ? Rasulullah SAW. Menjawab : Mereka adalah satu kaum yang cinta mencintai dengan roh Allah tanpa ada hubungan sanak saudara, kerabat diantara mereka serta tidak ada hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah wajah-wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa dikala orang lain takut, dan mereka tidak berduka cita dikala orang lain berduka cita” (H.R. Abu Daud)
Cinta yang menggugurkan dosa
“Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya yang muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa keduanya sebagaimana gugurnya daun dan pohon kering jika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa mereka berdua, meski sebanyak buih dilaut” (H.R. Tabrani)
Cinta yang memberikan keteduhan
“Sesungguhnya Allah SWT pada hari kiamat berfirman : “Dimanakah orang yang cinta mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan menaungi dengan menungguKu dihari yang tiada naungan melainkan naunganKu” (H.R. Muslim)Cinta yang berbalas cinta
Allah swt berfirman “pasti akan mendapat cintaKu orang-orang yang cinta mencintai kerana Aku, saling kunjung mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku” (Hadits Qudsi)Kerana cinta dicintaiNya
“Bahawa seseorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu Allah mengutuskan malaikat untuk membuntutinya. Tatkala malaikat menemaninya malaikat berkata,“Kau mahu ke mana ?”
Ia menjawab, “Aku ingin mengujungi saudaraku di desa ini”
Malaikat terus bertanya “Apakah kamu akan memberikan sesuatu pada saudaramu ?”
Ia menjawab “Tidak ada melainkan hanya aku mencintainya karena Allah SWT”
Malaikat berkata “Sesungguhnya aku diutus Allah kepadamu, bahawa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai orang tersebut keranaNya” (H.R. Muslim)
Tiga cinta yang manis
Tiga perkara yang barang siapa memilikinya ia dapat merasakan manisnya iman, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta kepada seseorang kerana Allah dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mau dicampakan ke dalam api neraka” (H.R. Bukhari-Muslim)
0 comments:
Post a Comment