faisyacintaku2005

skyhacker's

My photo
A Simple Thought Can Lead To A Changes!

permintaanmu...


Kata orang matematik 6-1 = 5...tapi dalam rukun iman 6-1 = 0. Beriman kpd Allah bermakna kita membenarkan dalam hati kita bahawasanya Allah itu Esa, kita lafazkan melalui lisan dan membenarkan keEsaan Allah dalam setiap perbuatan kita. Beriman dgn Rasulullah bererti kita membenarkan segala yg disampaikan drpd Baginda, junjungan mulia kita Muhammad, Rasul terakhir yg telah diutuskan Allah utk menyampaikan berita-berita gembira & peringatan yg bakal mereka hadapi jika melanggar ketetapan Allah. Kalau nak aku kupaskan tentang rukun iman, rasa-rasanya korang sendiri pun cukup pengetahuan tentang tu kan? So, isu aku kali ni, bila kita tolak atau tertolak salah satu drpd rukun iman tu bermakna kita dikatakan belum beriman. So iman tu apa sebenarnya? kenapa 6-1 = 0 pulak? aku rasa rukun iman 1-5 tu cukup mudah kita terima tapi yg ke-6 tu??ape cer?? Percaya terhadap qada' & qadar Allah s.w.t. Orang melayu sebut " taqdir ".

Aku percaya pada takqdir dan nasib. Namun, bila aku sebutkan taqdir & nasib bukan bermakna aku cuba menyeru kalian semua utk menjadi seorang yg pesimis, tapi sebenarnya aku cuba utk mengajak anda semua utk melihat bukti kewujudan Sang Maha Pencipta, Allah s.w.t dan bukti hidup ini penuh dgn pilihan. Taqdir adalah sesuatu yg menjadi hak mutlak Allah s.w.t tetapi nasib itu yg menjadi pilihan manusia. Apa kaitan antara rukun iman yg ke-6 dan taqdir. jap jap jap!! iman tu ape? 

Iman tu kalau kita beri definisi mengikut dalam melayu maknanya 'kepercayaan'. Kalau bahase arabnye pulak 'iman' tu maknanya membenarkan apa-apa yg dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dan apa-apa yg diketahui tentang agama Allah. Dari aspek syara' pulak, iman itu ditakrifkan dalam 3 perkara sebenarnya. 

1. Pengertian iman yg didefinisikan oleh pengikut Asya'ari iaitu iman ialah membenarkan sesuatu yg dipercayai dgn hati.

2. Tafsiran mazhab Hanafi pula menyatakan bahawasanya iman itu ialah membenarkan sesuatu yg dipercayai dgn hati dan mengaku dgn dua kalimah syahadah.

3. Iman membenarkan sesuatu yg dipercayai dgn hati dan mengaku dgn dua kalimah syahadah, tetapi turut disertai dgn satu lagi perkara iaitu mengamalkan keimanan itu dan pengakuan yg telah pun dilafazakan dalam lisan. (Khawarij, muktazilah dan ahli feqah & ahlul haidtj).

So, kalau kita considered 3 jenis definisi tersebut, cukup beriman ke kita? Aku rasa semua dah cukup kukuh dgn ilmu & pengetahuan tentang asas rukun iman yg 6 perkara tu, tapi sering orang kompius antara utk menerima taqdir atau itu nasib? 

Sebagai contoh, Lahir dan Mati adalah takdir manusia yg memang tak ada sesiapapun mampu utk menyangkal kerana semua tu menjadi hak Allah yg mutklak. Kalau duit bapak korang pun korang berani ke nak pertikaikan? Ini hak Mutlak Allah s.w.t baiiii..... So, kenapa still tak mahu terima bai? ko jawab bai. Allah dah tetapkan kita dilahirkan sebagai lelaki, yg ada pepandai merubah taqdir pergi ubah pulak tu kenapa bai? 

Jadi kaya, miskin, bodoh, cerdik, menjadi orang baik atau jahat adalah nasib! Nasib bukanlah sesuatu yg mutlak, namun menjadi suatu pilihan, so kita manusia mempunyai pilihan, jadi manusia mempunyai hak utk memilih. Jadi janganlah kita salahkan Allah kenapa kita kaya atau miskin, kenapa kita kecewa, kenapa kita bahagia? Eh, ade ke manusia akan persoalkan kebahagiaan diri mereka sendiri? Arrghhh, fikirlah sendiri.Jadi baik atau jahat? semua tu pilihan kita sendiri.

Aku ade 1 analogi yg nak share sikit. Kehidupan ni boleh tak kalau kita umpamakan macam permaian catur? Aku tak terer sungguh main catur ni. Main lawan dengan komputer pun asyik kalah je. So, jom fikirkan, ibaratkanlah, Takdir adalah catur hitam, catur putih, cara jalannya Raja, Ratu, Benteng, Kuda dan macam-macam lagi la kan. So, cara main dia tetap ada peraturan die kan? Kalau nak gerakkan King ke, Queen ke, mana boleh main gerak ikut sedap hati kita jer. Huh? Korang main ikut suka hati korang? Memang naya kene baling dengan papan catur tu kang. Mana boleh langgar jer kan. Kalau kuda tu boleh digerakkan dalam bentuk "L" dalam 3 kotak je, kena la ikut kan. So, semuanya dah diaturkan. Mana bisa dilanggar dong!Namun kita kena ingat, cepat or lamanya permainan tu ATAU kalah-menangnya permainan tu adalah pilihan kita, mutlak di tangan kita.


Tuhan yg Maha Adil sudah menetapkan Takdir sebagai aturan dalam kehidupan, namun bagaimana kita hidup adalah pilihan kita, namun hasil akhir kita sendiri yang menanggung hasil dari pilihan kita, walaupun Tuhan sudah tahu akhir dari setiap cerita dalam kehidupan kita ni. 

Ramai orang kecewa bila taqdir yg buruk menimpa diri mereka. aku pelik kenapa mesti kecewa? aku pun dulu macam tu jugak. Kecewa beb kena tinggal dek awek kesayangan, ulam penangan jantung la kata kan ? kan? kan? tapi soalnya kenapa aku kecewa?

 So, taqdir? Aku kecewa kerana taqdir? Sedangkan aku mengaku membenarkan setiap qada' & qadar dalam kehidupan ni semuanya datang dari Allah. So, kecewa tu bukan ke mencerminkan kita sebenarnya tidak redha dgn ketentuan Allah turunkan utk kita? So, dalam sedar atau tak sebenarnya kita dah tolak rukun iman kita yg ke-6 tu. kita rewind balik definisi kita yg ke-3 tentang iman tadi. Kita benarkan dalam hati, lafaz redha dgn mulut kita tapi perbuatan kita? Kita gagal menghayati iman sepenuhnya? 

Kecewa. Merayu la. Cuba bunuh diri la. Siap cakap " tiada ada pengganti mu sayang" or "dulu kini dan selamanya". Kena kat awek yg mudah cair pun termakan pujuk rayu. "aku tak akan lupakan mu sayang sampai aku mati". aik? kita ni Allah ke nak cakap macam tu? Memang kita tak boleh lupakan sape pun yg pernah hadir dalam hidup kita. Tempat jatuh lagi dikenang kan? Ni kan pulak awek wei...tapi aku cuma sedih sebab aku rasa kita sebenarnya menipu diri sendiri. Aku nak tanya sikit, betul ke tak akan ada pengganti tu? Kalau 3 tahun lagi ko tetiba jupe awek lepas tu jatuh cinta macamne? Berani kerat jari kalau cakap tak. Kita manusia kita tak pernah tahu apa akan jadi ke atas kita esok luse tulat tubing. Aku dulu tak sampai setahun "aweks aku meninggal dunia" dah Allah bagi pengganti. Memang la tak sama tapi jauh lebih baik. So, terbuktila kata-kata kita ni suatu pembohongan terhadap diri sendiri.

Aku pun dulu macam tu jugak kan, sebab tu aku berani cakap tentang apa yg korang korang lalui tu. tapi orang kata kadang-kala rasa kecewa yg Allah kurniakan utk kita tu menjadikan kita lebih baik & lebih dekat dgn Allah, memahami kental or kurussss je iman kita. Kecewa kerana kita memilih utk kecewa. kenapa? Ye la, yg kita tak nak yakin pada Allah kenapa? Bukan awek tu sorang je ada dalam dunia ni. Pintu depan tertutup, kita pergi pintu jiran sebelah rumah dia je. Mana tahu kat situ Allah temukan kita dgn yg lebih baik? tapi kita memilih utk terus kecewa sebab kita gagal utk menjadi hambaNya yg bersyukur & redha. So, kecewa atau tak pilihan diri kita sendiri bukan orang lain. 

Aiii malunya aku kat Allah. kecewa tak hingat dunia. tak hingat mak ayah. tak hingat Allah. Sedangkan taqdir itu datang drpd Allah, menerima dgn hati yg redha memang bukan perkara yg mudah. BUT we have no choice! kalau hati kita belum mengakui bahawasanya kita ni milik Allah, kecewa pasti menjadi rakan baik kita setiap masa bila kita diuji dgn taqdir yg Allah berikan. Nauzubillah. 

So, sedar atau tidak. Iman kita kosong disebabkan ketidakmatangan kita sendiri. So, kalau kita sendiri tidak mampu menjaga iman kita, layak ke kita cuba menjaga iman anak-anak kita, cucu-cucu kita sendiri? So, bila berdepan dengan situasi di mana kita rasakan terlalu susah utk menerima taqdir, nasihat aku satu jer "tolong kenali diri anda & Tuhan Anda". Berjanji manis semua orang boleh bai, nak laksanakan tu bai memerlukan komitmen diri & bai'ah iman yg kukuh dalam diri kita. So, kenapa perlu ada kecewa jika hati benar-benar beriman terhadap Allah? Subhanaallah. So, beriman atau pun tidak, terletak di tangan kita sendiri. Jika hati ikhlas redha dgn kehendakNya, Allah pasti membalas setiap kemanisan iman kita dgn syurga. Jangan pernah rasa takut utk menerima taqdir samada yg baik mahupun yg buruk kerana Allah telah menjanjikan pelangi selepas hujan ditengahari. Hati ikhlas kerana Allah, pasti sesuatu yg cukup baik menanti anda. Itu janji Allah, bukan aku yg berjanji.

Aku menulis kerana mencari redha Allah. Aku menulis utk bersama-sama kita membuat pilihan terbaik dalam kehidupan, kerana kita hidup di dunia cuma satu matlamat yg sama iaitu mencari "mati" yg hakiki.  Peluklah iman mu sekuat hati, jadikan redha itu bantal peneman, pasti hati akan menjadi tenang. 

Segala yg baik datang dari Allah, yg buruk juga datang dari Allah tetapi kerana gagal membuat pilihan ianyanya menjadi kelemahan diri ni. Sekian, dari aku....As salam.....







-----------------------------------Apa Khabar Iman Kita Hari Nie?--------------------------------

0 comments:

Post a Comment