faisyacintaku2005

skyhacker's

My photo
A Simple Thought Can Lead To A Changes!

Sehelai Daun Nan Hijau


Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohonan tampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yg bergoyang-goyang disapa dek angin.

"Apa Khabar daun hijau" Tegur si ulat. Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yg datang. "Oh kamu Ulat. Badanmu kelihatan sangat kurus dan kecil,mengapa?" Tanya Daun Hijau. "Aku hampir tidak mendapat dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" Kata Ulat. "Tentu..Tentu..Marilah ke mari." Daun Hijau berfikir, jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan Si Ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah. Setelah makan sehingga kenyang Ulat berterima kasih kepada Daun Hijau yg telah merelakan sebahagian tubuhnya menjadi makanannya.

Ketika Ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya yg penuh kasih sayang dan pengorbanan itu, ada rasa puas hati di dalam diri Daun Hijau. Walaupun tubuhnya berlubang di sana sini namun dia bahagia dapat melakukan sesuatu untuk Ulat kecil yg lapar.       

Tidak lama berselang ketika musim panas datang, Daun Hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya, ia gugur ke tanah, disapu orang dan dibakar.      

Apa yg terlalu beerti dalam kehidupan kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja untuk orang lain?Sedangkan akhirnya semua yg ada akan mati dan segalanya akan ditinggalkan. Rela berkongsi kesenangan dan kepentingan diri sendiri memang tidak mudah, tetapi ianya pasti akan menjadi sesuatu yg sangat indah,tidak ternilai dek kesenangan yg pernah kita miliki.   

Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti Daun Hijau yg berlubang namun itu sebenarnya tidak memperngaruhi hidup kita. Kita tetap akan hijau, Allah tetap memberkati dan memelihara kita. Bagi Daun Hijau, berkorban merupakan satu perkara yg memberi kesan yg amat indah dan memuaskan . Dia bahagia melihat sahabatnya mampu tersenyum kerana pengorbanan yg dia lakukan. Dia juga melakukannya kerana dia sedar sebuah hakikat bahawa kesenangan yg dimiliki tidak akan kekal lama. Dia tidak akan selamanya kekal sebagai sehelai daun hijau. Suatu hari nanti ia akan kering dan akan jatuh.

Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati juga akhirnya. Maka, isilah kehidupan ini dengan perbuatan yg baik, kasih sayang, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.        Jadikanlah perngorbanan itu sebagai sesuatu yg menyenangkan dan membawa makna terindah dalam diri sendiri. Kita mampu berkorban dalam banyak perkara. Mendahulukan kepentingan bersama, melakukan sesuatu untuk mereka, memberikan apa yg kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yg dapat kita lakuakan.      

So, di mana kita? Apa yg sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yg menerima kebaikan orang ORmenjadi daun hijau yg senang memberi? Tepuk dada, tanyalah iman~!! 

0 comments:

Post a Comment