Kita manusia sebenarnya sentiasa berfikir. Setiap saat dalam jaga pasti otak kita akan berfungsi menafsir dan mengambil berbagai keputusan yg perlu kita lakukan. Setiap hari tidak kira sewaktu kita bekerja atau sebaliknya, kita akan sentiasa berfikir. Berfikir bagaimana cara untuk kita menyelesaikan masalah yg kita hadapi saban waktu dalam sedetik sang waktu itu berlalu. Berfikir. Berfikir. Berfikir dan berfikir. Akhirnya kita pasti akan temui idea atau jalan yg kita rasakan terbaik untuk menyelesaikan setiap masalah tersebut.
Begitulah kita. Begitulah keadaan akal kita yg sememangnya tidak pernah berhenti berfikir kecuali sewaktu kita tidur. Kita akan berfikir dengan lebih serius apabila kita berdepan dengan suatu permasalahan, musibah, kesempitan, sakit atau kegagalan. Kita akan sentiasa berfikir untuk mencari jalan penyelesaiannya. Lebih besar masalah yg timbul, maka, lagi besarlah usaha kita untuk berfikir apakah jalan untuk menyelesaikannya. Namun, dalam berfikir, dalam banyak waktu yg kita gunakan untuk berfikir, pernahkah kita berfikir tentang hubungan kita kita dan Allah s.w.t, tuhan yg menciptakan sekelian alam?
Pernahkan kita bertanya dan berfikir bagaimanakah perjalanan kehidupan kita menuju akhirat atau mungkin pernahkah kita bertanya bagaimana prestasi iman kita hari ini? Meningkatkah atau merundum jatuh umpama pasaran saham di BSKL? Apakah kita pernah berfikir tentang bagaimana jalan hidup yg susah dan sedang serta yg bakal kita tempuhi, adakah perjalanan hidup kita selama ini mengikut kehendak kita atau kehendak Pencipta kita?
Pernahkah kita berfikir untuk menyemak atau double-check semula batin kita? Adakah di dalamnya jernih laksana embun pagi yg menitis di helaian dedaun atau mungkin hanya ada lukisan hitam yg kelabu, kabur, berdebu dengan dosa-dosa, syubhah, dengki dan mazmumah yg lain?
Bagaimana solat kita hari ini?Bagaimana ibadah ibadah puasa kita? anak-anak, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, suami, isteri kita, teman baik kita, tunang kita, bakal isteri kita, kekasih kita? Sudah jelaskah mereka tentang kefahaman mereka sebagai hamba Allah? Sudahkah matlamat yg kita semai saban hari di pagi hari dan helaian hari-hari selari dengan kehendak Allah?
Sudah layakkah kita digelar sebagai "khalifah Allah" di muka bumi ini yg telah digalaskan dengan suatu tanggungjawab menjadi ejen atau faktor X yg mampu melakukan perubahan di dalam masyarakat kita?Mungkin terlalu besar jika dimengertikan dalam suatu kelompok masyarakat. Kita ke organisasi yg lebih kecil, adakah kita telah menjadi faktor X yg mampu melakukan perubahan yg mengajak manusia ke arah kebaikan menuju jalan yg diredhai Allah, cukup jika kita hanya mampu menarik seorang terlalu besar maknanya usaha kita di sisi Allah. Ahli keluarga kita? Terhalangkah mereka oleh kita dengan tegahan-tegahan mengharamkan yg haram dan memberi kebaikan untuk mereka nikmati?
Ambillah sejenak waktu dari sang waktu yg dipinjamkan Allah untuk kita merenung.Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda "Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat setahun". Betapa mahalnya nilai berfikir dan kesan yg kita mampu lihat jika betul cara berfikir kita. Berfikir adalah suatu proses di mana kita menerima suatu stimulasi, menganalisis, menafsir, menyimpan maklumat dan menyimpulkan berbagai-bagai maklumat yg ada di dalam dan luar diri kita sehingga menemui hikmahNya, bukan sekadar menjadi idea, pengetahuan yg mampu mematangkan malahan mampu suatu dorongan kita untuk bertindak.
Sesungguhnya, bermula daripada sebuah fikiranlah yg akan mengarahkan logiknya tindakkan kita, ke mana kita akan pergi dan bagaimana kita akan melakukan sesuatu perkara kerana dalam fikiran itu, seluruh keputusan, kita merencana dan membina sebuah konsep tersendiri tentang sesuatu penilaian. Malah dengan pemikiran jugalah yg menjadi penentu dekatnya kita dengan Allah s.w.t Rasulullah s.a.w pernah bersabda yg bermaksud "wahai Anas sesungguhnya orang yg bodoh itu lebih banyak tertimpa musibah kerana kebodohannya daripada orang jahat yg berakal".
Maka, dalam kesibukkan kita mencari kebahagiaan di dunia, jangan lupakan memberikan ruang terhadap diri kita sendiri untuk berfikir. Bahagikan masa kita berfikir kita kepada 4 waktu iaitu :
1. Waktu untuk bermunajat (berzikir dan berdoa) kepada Allah
2. Waktu untuk bermuhasabah diri
3. Waktu untuk berfikir kekuasaan Allah
4. Waktu untuk menumpukan kepada keperluan seperti makanan dan minum.
Berfikir itu intisari akal. Sesungguhnya barangsiapa yg bicaranya tidak mempunyai hikmah, bererti dia bercakap kosong, dan sesiapa yg diamnya bukan untuk berfikir, bererti dia sedang mengelamun, dan orang yg memandang sesuatu tanpa mengambil hikmah, dia itu orang yg sangat rugi. Sekian, As salam....
p/s : biar dahi berkerut berfikir, biar orang cakap kita nampak tua, biar rambut makin berkurang banyak berfikir asalkan iman kita semakin bertambah...

0 comments:
Post a Comment